Thursday, August 13, 2009

FEVER AGAIN..

Today, my fever still ader lg, although siang hari xrasa badan panas, tp bila mlm ajer bdn rasa panas. Tp yg pasti selera aku hari dh ader ckt berbanding semalam. Aku siap pg mkn kt FESKUM lagi. he3

Majlis Konvokesyen

Hari jgk, aku pergi majlis konvo kakak are-t di DTC. Jmp femly are-t. he3..second time pg mjls konvo. First time aku ialah masa konvo umi aku kat Maktab Batu Rakit, Terengganu.Waktu 2 aku umur 9 tahun. he3.. Picture aku pakai baju konvo pun ader lagi. Smart gak r. Tp aku jeles biler tengok kebahagian dan kegembiraan terpancar di air muka graduate2 UM ni. Ambik gambar bnyk kenangan dgn fmly. dgn kwn2 dgn sedara mara sahabat handai. dgn pakcik jual belon (ops.. clap,he3 aku jer sajer2 ambk gmbr pakcik cina jual belon 2, laku giler belon dia seb baik kakak dgn adk xder, lau x.. belon yg dijual oleh pak cik 2 dh menjadi milik dua2 adk aku ni.. suka benor ngn belon.. tp untung giler ler pak cik 2..modal bape sen jer.. rezeki la katakan.)
Dalam hati aku: bila ler aku nak pakai jubah konvo ni.. sabar2 4 thn jer berjuang dimedan perang.. tp terpaksa kena lalui macam2.Biasala.. belajar mana ader senang kan.. Btl x?

eh aku dh lari tjk r.. he3.. continue3.Now.. keadaan demam aku ok ckt, tp selsema , batuk n bersin aku maki n teruk. Aku taw ini pasti bukan H1N1. Ini adalah penyakit redung ku yg dtg bertandang kembali kedlm hidung ku. Resdung jeles ler dgn hidu ng aku ni.. Knp ek???

Ok..lah..aku bnyk keje ni nk kena buat. Aku akn pksa diri aku utk selalu update blog.. Klo x.. korg tlg pksa aku ek.. Ok.. tin kayu....(phm?)

Wednesday, August 12, 2009

TODAY I HAD FEVER...

Semalam... masa kelas Comunication Graphic aku rasa badan aku sejuk sangat-sangat. Tambahan pula dalam air cond. Aku xtahan sgt dgn sejuk.. sebelum pegi kelas aku dah rasa xsedap bdn. Rasa mcm nak demam jer.. tp aku still pg kelas lg sb nak hantar assignment. itu pun aku dgn roomate aku pg after lunch time. Masa dlm kelas, aku xdpt tumpukan apa yang aku buat. semua benda yang aku buat xmenjadi. akhirnya,aku keluar dari kelas utk ambik udara hangat.

Selepas pulang dari kelas, kawan-kawan aku nak singgah kejap dekat FESKUM. Aku yang dah xlarat ni ikut ajer. Setelah melilau di dataran Perdana siswa.Aku tertarik untuk bt rawatan resdung di gerai Q-FARMASI IQRAM. Disini menyediakan pelbagai rawatan antaranya kencing anis,gaut,batu karang, thyroid,buasir, ketagihan dadah, resdung penyakit ganjil mandi bunga, mandi pengasih,ganguan iblis dan macam lagi. Mula-mula aku buat pemeriksaan tekanan darah, tinggi,berat dan pemeriksaan kandungan gula dalam darah. kemudian aku ditest tahap penyakit resdung aku dgn mengunakan serbuk.Aku sedut serbuk 2 sehingga bersin dan keluar cecair dari hidung dan mata aku berair. Ustaz 2 ckp resdung aku teruk. aku bagitau yang aku pernah bt operate resdung. dia ckp "resdung awak datang balik.dan awak perlu bt rawatan , kalau lama dibiarkan, hidung awak xde nanti. sayang lah hidung dah la cantik.. " aku tersenyum-senyum.. (malu ler) tapi hidung "belok" sebelum operate.

Aku diberi minum air kelapa muda yang dibacakan ayat oleh ustaz. dan aku diminta baca selawat, baca doa supaya sembuh dan macam2 aku doa. selain itu, ustaz bagitau aku, yang aku adalah no 2. mula2 aku xpaham. aku kena jadi bini no 2 dia ker.. xkan kot. Kemudian dia terangkan pada aku yang no 2 yang aku miliki adalah berasal dari nama aku. cara utuk mencarinya dia ajar pada aku dan diturunkan ilmu tersebut pada aku. Menurutny, org yg no 2 ni, selalunya keras kepala, degil, sukar mendengar nasihat org lain, selalu ikutkan gerak hati sendiri, tidak mdh terpengaruh, cepat bertindak, selalu dihadapan, boleh memipin org lain, boleh menjadi ketua. Apa yang diberitahu 2 semuanya betul mengenai diri aku. selain itu, Aku juga diberitahu yang aku berasal daripada api, tapi setahu aku semua org berasal daripada tanah. Yang berasal daripada api adalah syaitan shj. Tp aku dengar jer, di ckp aku boleh melakukan pelbagai perkerjaan, berniaga pun blh, makan gaji pun blh, penternak pun blh, petani pun blh. Macam2 aku berbual dgn dia.. dan dia ckp dia senang berbual dgn aku sebab dia pun no 2.

Setelah dia bacakan ayat dalam air mineral dan dia brikan ubat resdung utk sebulan. Semuanya berjumlah rm102. Aku cakap aku xde duit sebanyak 2. aku kena pg cucuk dulu ler. Ustaz 2 ckp "xperlu tergesa-gesa.Bayar kemudian,yang penting berubat dulu. Nnt awak boleh bank in kan. Ustaz bg no akaun anak perempuan ustaz , sebab ustaz xde bank islam. Setelah aku diberikan ubat dan air penawar serta no akaun utk mskkn duit pembayaran rawatan aku, aku minta diri utk pulang. Badan aku dah terasa terlalu lemah. Aku cari kawan2 aku. tapi xjumpa, mungkin diaorg dh balik.

Aku jalan kaki balik ke kolej. Aku rasa dah xlarat sangat utk berjalan tapi aku kuatkan semangat aku. Aku gagahi jua langkah ku untuk sampai ke bilik. Sampai sahaja dibilik, aku tgk Aina (roomateku) ketiduran atas katilku belum bukak tudung dan beg masih dibahu lagi. Aku kejutkan Aina dia cakap penat cari aku. 3 kali pusing cari aku. Kesian kawan-kawan aku. Tapi kesian lagi aku yang xterdaya lagi utk melangkah kemana-mana. Aku terus campak ape saje barang2 aku dan aku tukar pakaian aku, terus aku rebahkan tubuh ku akas katil dan berselimut litup.

Malamnya, aku rasa badan aku terlalu panas dan aku x larat utk buka mata. Kepala aku, leherku terasa sakit sangat. Aku kejutkan Aina utk ambilkan ubt 'Veek' aku. Tapi dia xjaga. Aku tidur balik. Aina terjaga bila Ct kol utk turun makan kt bwh. Tp aina ckp dia akn turun kjp lg. Waktu bila dia turun aku xpasti, sebab aku tidur. Bila aku tersedar dia belikan aku roti. Dia suh aku makan roti,aku cakap aku xnk xde selera langsung. Dia paksa aku makan, sebab aku xmkn apa2 lg sejak tengahari. Aku makan secubit aje. Dia kasi aku ubat panadol.dgn air 100plus dan dia tolong basahkan kepala aku, kemudian aku tidur lagi. Aku terjaga lagi dan aku mi ntak dia carikan aku ubt 'veek', tapi dia xjmp.Dia urutkan kepala aku, kemudian dia basahkan tengkuk aku dgn tuala. Aku tidur lagi sehingga pagi.

Pagi ini, aku xlarat utuk pg kelas. 1 hari aku terperap dlm bilik.aku tidur jer, aku hanya makan roti semalam.e2 pun xhabis. Aku xlarat untuk ke bilik air, setelah aku rasa badan aku ok ckt,Aku mandi dlm kul 3. terasa air mcm ais. aku hanya basahkan bdn, gosok gigi dan basuh muka. Aina belikan aku makanan lagi, dia belikan nasi kegemaran aku Nasi lemak,ayam goreng berempah, sehingga sekarang aku belum sentuh lagi nasi 2.aku xde selera nak makan lagi. Aina suruh aku pg klinik tp aku xlarat lagi nak pg,sekarang Aina xde, Aina balik rumah kakak nya, aku harap aku xjadi mcm semalam lagi. Terima kasih kawan, aku xkan lupa apa yang telah kau lakukan padaku.. Thanks God, kau kurniakan aku seorang sahabat yang tahu erti persahabatan.