Thursday, May 27, 2010

mencari ketenangan

Kadang-kadang aku rasa apa yg berlaku dalam dunia ni xadil. Selalunya apa yang kita nak xdapat, tapi orang lain dapat. Ada juga situasi, "Kau macam ni...macam ni.. tapi aku xmacam ko.. kenapa ko dapat " Tak kisah la dapat apa pun. Itulah yang membuat aku kadang-kadang tergugat iman sikit. Terfikir benda yang tak sepatutnya berfikir, tak bersyukur, tak terima qada' dan qadar. Nauzubillah....

Aku beristighfar sejenak didalam hati, mencari ketenangan diri. Memuhasabahkan diri, akhirnya aku sedar dari pemikiran buruk, dalam dunia ni..Allah telah jadikan segalanya-galanya adil. Mungkin kita belum dapat lagi, mungkin perlu berusaha lagi, mungkin jua usaha belum cukup lagi dan yang paling penting banyak-banyak bersabar.

Kita sentiasa mengimpikan impian kita akan tercapai, tapi sudah cukup kuatkah pegangan kita pada impian kita, mampukah memikul impian itu, mampukah melaksanakan impian itu. Beberapa persoalan akan bermain dibenak pemikiran kita. Bercakap tentang soal IMPIAN ni, setiap orang ada impian masing-masing, tidak kira lah besar atau kecil. Yang paling utama dalam persoalan ini adakah USAHA sudah cukup kuat untuk mengejar IMPIAN itu.

Aku akan menjawab : IMPIAN yang aku pegang selama ni, memang tak kukuh. Tidak bersungguh-sungguh dalam mengejarnya. Mengambil sikap sambil lewa. USAHA yang dilakukan tidak dapat mencapai tahapnya lagi. Mungkin kerana itu, IMPIAN yang aku bina selalunya akan mudah runtuh. Setiap kali aku mengejar IMPIAN aku, aku cepat penat, aku cepat putus asa, aku berhenti ditengah jalan walaupun belum mencapainya lagi. Aku sering mengeluh,,,, Aku kurang bersabar. Aku nak kan nya dalam masa yang singkat.. ITUlah aku...

Pada hari esok dan seterusnya, Aku akn cuba perbaiki diri dalam mengejar sesuatu. dan melakukan nya dengan bersungguh-sungguh.

INSYALLAH>>>>>> amin....

Tuesday, May 25, 2010

Putrajaya Friday Night Skate

hanya picture2 saje dimasukkan.

nik,marts, dee


nick ,jaja, me, marts

picture edit by marts...

marts,sorry curik balik picture ni...hahhahaha..

klo lagi ramaikan lagi best... jom kawan2 join skate beramai-ramai.

Monday, May 24, 2010

Sekejap aje.......

Hoh.. dah lama xupdate. aku bukan seorang blogger yg kurang bertanggungjawab.. xmacam blogger2 yang lain.

Dah lama xmenconteng kat blog ni. Asyik typing error je..btw minggu ni memandangkan aku kat KL so aku dapatlah join skate bersama kawan-kawan kat Putrajaya.

Friday night, Aku,jaja,marts, nick and dee. Skate kat tempat biasa.daripada bulatan depan masjid sampai depan palace justice. rehat2 kat sana kejap then patah balik. Aku belum dikategorikan skater dah OK. Aku belum OK lagi,break pun belum pandai lagi.
Apatah lagi nak skate laju2. ermmm.. kena banyak2 practice. Actually, aku takut jatuh. Bila jatuh badan sakit2.. nak jadi skaters sangat tapi MANJA! one words yang pernah aku dengar dari abang aku. baik xpayah main la klo macam tue... lepas tu, aku terus xngadu kat dia lagi. Aku xmo jadi MANJA. i wanna be pro skaters. tengok lah ye nnt.. amin....

p/s : picture blom upload lagi. next entry lah aku masukkan picture. Klo xde picture mmg xsah..

Aku dan aina tinggal kat rumah eiqa di Presint 9 Putrajaya dari hari jumaat lagi, kteorang ada discussion yg penting dengan eiqa. hahaha... btol x Aina? Thanks to eiqa kerana bnyk tolong kteorang, bg makan minum and hantar ambik aku. Insyallah apa yang kte discuss tu akan berjaya.. AMIN..

Petang Ahad,
memandangkan aku dah kat Putrajaya, xdelah susah sgt nk pergi skate. AKu,jaja dan marts skate kat Putrajaya lagi. Mula2 sampai panas terik lagi, kteorg skate kat depan masjid dulu then baru kteorang gerak pergi tempat lain.

Kali ni kteorang skate kat tempat lain. Rugi nick dengan dee xikot. Mencabar jugak lah perjalanan kali ni.turun tangga, turun jalan curam (tp xdelah curam sngt) aku jer takut... xberani lagi... mendaki jalan yg curam.. tapi seperti biasalah aku mesti akan jatuh. hah itulah takut nak jatuh sangat..akhirnya jatuh jugak. n org yg bru belajar seperti aku ni, banyak bergantung pertolongan org lain lagi. Thanks to jaja n marts. disebabkan aku korang xboleh skate laju2...

Aku xtaulah apa nasib aku sbg skaters selepas ni...menjadi ke x... bunyi mcm dah putus asa je kan...?? eh x...aku akn teruskan hobi ni...

Nmpaknya,3 minggu plak aku akn bercuti dari main skate ni.. knp??? becoz aku perlu ke satu tempat yg belum pernah aku jejaki lagi... ermmmm... see the next entry...

lamanya aku dop menagarang... dari Aina siap mandi sampailah aina dah siap mandi aku aku baru siap. Aina mandi bukan sekejap... sorry yunk... tertaip ni..hehehehhe..

Sunday, May 9, 2010

Dah lama aku xupdate blog..
xde masa nak update ke malas?

bukan xde masa.. masa sentiasa akan datang dan pergi... :0
aku jer malas nak cari peluang nak update. Orang lain berkerja dan sibuk jugak boleh jer nak update. Tapi aku... ntah la.. mungkin aku selalu pergi sana pergi sini..

News yang terbaru...
Aku tengah risau pasal pasport aku....xsampai-sampai lagi.Hari Selasa lepas,lepas aku pergi buat pasport baru, aku pergi pejabat pos nak pos ekspress ke terengganu. dengan harapan esoknya akan sampai. Ayad De minta pasport,gambar Visa,dan beberapa dokumen perjalana yang lain. Aku dengan yakinnya memasukkan dokumen2 penting tu dalam sampul pos ekspress. yang paling penting sekali adalah pasport aku.

Hari khamis, ayah de kol umi, untuk bagitau pasal hari sabtu kena pergi khusus/taklimat daripada Agensi. Umi tanya ayah de dah sampai ke belum yg diposkan tue.. Ayah de cakap belum sampai lagi.. dan dalam sampul tu dikirimkan sekali pasport aku. Terkejut Ayah de bila cakap pasport aku ade dalam tu. Mereka xboleh salahkan aku, aku mendengar arahan. Nasib baik kaki/no kod sampul tu masih pada aku lagi.

Hari ini aku nak kena selesaikan beberapa urusan penting lagi. Nak kena pergi ke pejabat pos lagi,nak kena check balik dengan pejabat pos Kota Bharu dan beberapa Urusan lain yang perlu diselesaikan sebelum malam ni. Malam ni.. aku akan ke KL atas urusan Angah. Aku, Ku dan angah akan pergi.

Kelmarin@Semalam,
Aku, Ku, Umi dan Tok mek ke Kuala Terengganu untuk mendengar taklimat ringkas daripada Tuan Haji. dan menyelesaikan dokumen perjalanan. Yang aku punya belum selesai lagi... :( Habis sajer taklimat tersebut, perut kami dah lapar. Then Ayah de, bawak pergi restoran makanan kampung. Aina,ajak aku dan family pergi rumah nye di Manir, Trengganu. Alang-alang nak pergi Manir, Ayah de cakap baik pergi buat suntikan terus. Sebab Klinik Ummu tu dekat dengan Manir. Klinik tutup time rehat kul 2.30 buka balik so memandangkan kami semua belum solat zohor lagi, aku mengajak mereka semua ke rumah Aina di Kg. Padang Tengir,Manir.

Akhirnya, sampai juga hajatku untuk kerumah Aina.. Thanks aina dan sekeluarga diatas layanan dan buat kuew teow makan dengan kicap pedas yang sedap tue...Tapi yang masak bukan Aina.. Kak wani dengan Abe syah.

Next time datang rumoh aku pulop........