Sunday, August 8, 2010

Skating Shape & Men's Health

Events : Skating Shape's and Men's Health
Time : 6-11 p.m
Date : 31.July.2010
Avenue : Palace Justice , Putrajaya.

Hye guys..
dah lama rasanya saya xberskate dan join events. Ini events skate yg ke 3 xsilap sayalah. Saya susah nak join events ni sb saya bukannya terer sgt nk skate, kalo join pun sy akan menyusahkan org lain. Kalo kadang-kadang tu xpelah.. :) sorry yer org2 yg sy dah menyusahkan ni. The next reason, saya selalu balik kampung saya di kelantan. Kadang2 events yg diadakan time sy bercuti dikampung so xdptlah sy join. Lagi, saya susah nak pergi sb transport saya hanyalah kaki saya. Saya belum ade transport yg besi punye.

Pengalaman saya :

Last week, saya dengan excited nye pergi ke Putrajaya. Seperti biasa, saya akan menggunakan ERL untuk kesana dan kawan saya yg tinggal kat putrajaya tu akan jadi mangsa pergi ambil saya kat Putrajaya sentral. Thanks ika.. But.. dengan rasa sedihnye.. bila saya kol ika, ika xde kat putrajaya. Ika pergi melaka. Saya rasa saya mahu patah balik dan xnak pergi. Tapi waktu tu, saya dah berada dalam ERL. Saya pikir-pikir, alang2 dah sampai baik saya teruskan jelah. Then bila saya sampai kat Putrajaya sentral. saya tengah berfikir-fikir untuk naik bas ke teksi. Mula- mula saya ke sebelah perhentian teksi, bila saya fikir-fikir balik. Saya banyak masa lagi, xperlu tergesa-gesa. So saya cross the road n pergi ke tempat perhentian bas. Saya tanya kakak kat kaunter tu, macamana nak pergi kat Dataran Putrajaya yang kat depan masjid putrajaya. Kakak tu cakap naik bas No 100,101,500, 300. Saya cari-cari no bas tu dekat tempat parking bas 2. Malangnya, xde. Tapi saya masih lagi mencari. Rupa-rupanya, pakcik driver bas xnak masuk lot parking bas, dia nak terus gerak. so saya nampak bas no 500. saya tanya pakcik driver tu, "pakcik bas ni pergi ke Dataran Putrajaya x? " Pakcik jwb : "pergi! naik..naik.. dik..". Saya : "terima kasih, pakcik". Sebenarnya, saya xsuka naik bas kat KL ni. saya bukan nak 'agah' sebab driver bas bawak macam nak gila. Kalau kat kelantan xde plak saya xsuka. hari-hari saya balik sekolah dengan bas dan hari-hari saya hidu asap bas. pernah saya naik bas rapid kl dari um nak ke stesen kerinci.Macam org gila saya rasa. dahla rasa mcm bas nak terbalik pun ade. Itu yg membuatkan saya trauma naik bas kat KL, saya lebih rela naik teksi. Memandangkan, saya banyak masa lagi dan so saya naik bas nadi yang kaler oren tu, untuk ke destinasi. Saya naik bas 2, pak cik driver tanya " nak pergi mana" nk pergi dekat dataran saya jwb. saya tanya lagi berapa ringgit pak cik? time tu saya dah keluarkan not kertas rm10. sebab saya xde duit seringit-seringit. Pak cik tu ckp "50 sen jer dik". Saya cakap lagi :" saya nak pergi kat depan masjid putrajaya 2 pakcik", pak cik tu jwb :"5 kupang je dik..." macam xpercaya jer... saya ni dahla org kelate kata darat naik bas.. nasib baik saya ade syiling. saya nak bagi kat pak cik tu.. pak cik 2 ckap masukkan kat dalam ni. Dalam ni ke pak cik? saya tanya lagi. Pak cik dah macam bengang dgn saya. Then, saya ambik seat kat bahagian belakang sekali. saya tengok org2 sekeliling saya yg berada dalam bas 2. Kenapa semua duduk berdua aje. means bercouple, yang muda, yang tua semua duduk dengan pasangan means laki dan perempuan la. Saya sorang2 kat belakang sekali. Then, ade second driver bas dtg duduk sebelah hujung kiri saya. Dia tanya saya, dtg dari mana nak kemana. Maybe sebab dia tengok saya macam rusa masuk kampung kot. terpinga-pinga semacam jer. Dia tanya saya taw x nak turun kat mana? saya ckp xtahu. yang saya tahu saya nak turun kat Dataran putrajaya. pak cik tu ckp, bas xberhenti kat sana bas hanya berhenti kat JKM. oooo.. sy ckplah kat dia. nanti pak cik ckp lah. Then, bas dah mula bergerak.. saya memerhatikan pemandangan diluar. Pak cik 2 dah terlena.. saya dah mula risau takut, saya terlepas tempat mana sy nak berhenti. saya dah berkira-kira nak kejutkan pak cik tu. takut saya terlepas. Tiba-tiba, pak cik tu buka mata dia then tekan loceng. Saya tanya dia, kat sini ke pak cik? Dia ckp ya. n sy ambik beg dan say thanks 2 pak cik tadi.

Dengan keadaan yg panas terik lagi, saya berjalan dari bus stop ke Masjid. jauh jugak. bukannya dekat. pak cik 2 ckp dekat je. dahla panas... nasib baik aku bawak sunglass. aku dapat merasakan matahari membakar kulit2 aku. ahhh.. aku xhiraulah.. aku jalan2 sambil menikmati keindahan sekeliling. Bila sampai kat bulatan depan masjid tu, kat situ ade construction, pakcik2 yg tgh buat keje2 tu, tegur aku.. nak g mana tu panas2 ni.. aku buat bodoh jelah.. then pergi masuk dalam masjid tuk solat asar.

dah siap solat asar, aku dah xtaw nak pergi mana. aku nak skate kat dataran 2.. time tu tengah panas lagi. aku pun pergilah jalan-jalan kat bawah , kat medan selera n tempat yg ade jual souvenier. aku beli ais krim n mkn kat tepi tasik.. Ais krim 2 cepat cair.. aku pun buang. aku pergi beli air plak.. then continue lepak kat tepi tasik. dalam 15 minit aku dah xtahan panas. aku pergi kat tempat souvenier plak. dah boring aku naik atas.

Then, aku rasa nak pergi skate kat atas jambatan. Sebab kat situ terlindung sikit dari cahaya matahari. So aku pakai2 safety pad ape semua. aku main kat situ-situ jer. Aku takut jatuh. takut org gelakkan aku. n yg paling takut aku jatuh sorang2 pengsan sorang2 nnt xde org tolong.. hehehehe.. pk bukan2.

then, aku text marts, marts ckp dia xdpt dtg, kereta rosak. aku dah mula risau takut xde kawan nak skate nnt. aku dah la xberape pandai. then, aku pergi depan palace justice , aku skate dari dataran ke sana. sorang2.. huhuhu aku jatuh 2 kali. nasib baik india2 yg dop shooting tu xnmpk. aku lalu ikut siar kaki , then aku cross lalu ikut tengah. aku dah terasa penat.. rasa macam jauh je lagi tempat tu. Myb aku dah penat sebab dah skate kat ats jambatan tadi. samapi2 saje kat depan booth tempat simpan barang aku jatuh lagi kat depan crew2. Nasib baik dorang xgelakkan aku. Dorang tny aku dari mana, aku nmpk mcm penat giler.. hahahha.. dia bg kerusi suh aku duduk. Then, dtg sorang uncle tegur aku. Setelah berkenalan, uncle tu ckp dia pun dtg nak skate. Namanya uncle leong. Then, datang sorang lagi, aku ckp dlm hati aku, mcm pernah kenal je... api time tu serius aku lupa nama dia. Lama-lama kteorg borak2 baru aku ingt nama dia tu pun masa aku dia kenalkan diri dia kat uncle leong.

Then, aku cakap kat doarang aku ni ni xberape reti sgt nak skate laju2.. aku ckp kat dorang aku nak follow mereka. Tapi aku xblh pergi laju-laju.. dorang ckp ok. actually , time tu kteorg tunggu Ben, ben ckp dia tgh meeting dgn organizer so mcm dah lama sgt kteorg menunggu. Uncle pergi tny kat organizer, dorang ckp Ben pergi hospital, dia jatuh dan muka dia teruk. So kteorg decide skate sendiri2.. not in group la.

Aku dah mula rasa malas nak continue.. nnt aku sambung lain kali....
Layan gambar jer .. okey...























Malam Alumni 9, (2010)

Malam Alumni 9, telah diadakan dengan meriah dan jayanya semalam. walaupun penat jelas terasa, Hatiku cukup berpuas hati kerana dpt mengerahkan keringat yg ada bg menjayakan projek pada malam tersebut.

3minggu persiapan telah diadakan.Semua AJK-AJK yg telah terlibat dalam projek tersebut telah membuat persiapan yg lebih awal. Walaupun ade juga cacat cela sedikit, itu adalah lumrah manusia , xboleh lari dari kesilapan.

Our pengarah projek is Kucai and our timbalan pengarah is Bahau. Aku adalah AJK jemputan dan pengarah Jemputan ialah Meera. Aku sangat senang berkerjasama dengan diaorang semua. Kerja aku sbg menjemput orang melalui call saje. so xde masalah dan sangat ganpan, cuma perlu meluangkan sedikit masa utk menghubungi alumni2 yg lepas di pejabat kolej. Walaupun tugas aku hanya menjemput orang, tetapi tugasku tidak terhenti disitu saje. Dengan rasa ringan tulang nye aku serta kawan2 yg lain membantu Ajk-ajk lain terutama dalam protokol yang dihandle oleh Alya. thanks to all members..


Layan gambar jer... Pic by Nadjwa phone..

I'm with the tecnical crew.
i want this!

this is classic bike. The green colour is yours, Aina. hahahaha


Registration crew

model of classic cloth.. yeke??


Wednesday, August 4, 2010

Activities today 2/8

Aku bangun lambat pagi tadi............arghhhhh.... skip kelas lagi.. Ape nak jadi dengan aku ni. Inilah masalahnya bila kelas pukul 8. Bukan senang aku nak bangun kul 8 ni. (1 tabiat buruk) hehehheehe.. but i will try 2 change.

So the next kelas kul 12, yang tu aku pegi. hari ni xbanyak kelas, kelas last, kelas jepun habis kul 3. Sebelum masuk kelas aku p hantar buku yg aku pinjam kat library dulu. Then, aku n nadjwa p FESKUM, kat KPS. Mula2 langkah masuk KPS aku dari library lagi nampak booth Rasamas, aku dah aim nak p sana. lepas p cucuk duit, terus aku p rembat makanan kat sana. Urmm. seperti biasa pilihan aku adalah nasi ayam honey.Tapi yg ni.. xsedap langsung. Murah tu murah la tapi xworth it la. Sampai sakit perut aku. Sempat gak aku habiskan... :)

Then, masuk kelas Prof Isa Zhi liang , Prof aku yg mengajar Tamadun Asia Timur. Time mengajar ajar campur 3 bahasa, China, melayu n english. Sleng melayu dia mcm china. Maklumlah China mualaf. tapi aku suka kelas dia walaupun aku xpaham ape pun. So ape yg dia ajar kena baca balik. Aku masuk lambat, sebab perut aku buat hal lak. Aku bukak pintu dewan kuliah, tiba2 terkejut aku tgk Prof keluar, nampak macam tergesa-gesa. Masuk kelas tgk org tgh decide nak buat group tutorial. So, kelas hari tu.. xde.. yahoo.. suka aku. So the next kelas, kelas JApanese. Kelas favourite aku tu.... Belajar benda baru yg kita minat ni best sangat2....

Habis jer kelas, aku n nadjwa terus dapatkan cab nk pg Low Yat. Aku pergi temankan Nadjwa nak beli laptop baru. sampai je low yat, aku n nadjwa usha2 dulu laptop n harga. banding2kan harga n rundingkan harga ape semua. so dengan cash rm 1500 laptop model CQ 42 Presario Compact menjadi milik Nadjwa. Huhuhuhu.. aku usha2 gak camera SLR idamanku. Aku nak Canon EOS 550D or 500D pun jd lah. Nak jugak.. nak jugak... nakkkkkk..... sape nak kasi kat aku. huh.. xde org nye nak kasi free...

Sebelum tunggu software dimasukkan, kteorg p makan kat Shikiya, masakan jepun. mentang2 belajar jepun kan... so makanan nye pun kena biasakanlah. Then, lepas siap semua. Miss Nadjwa ni nk bershopping kat TS plak. Ni yg aku xtahan bila dengar perkataan Shopping. Iman aku dah tergugat ni...

Kteorg p TS dgn monorail, mls nak jalan. padahal dekat je plaza low yat tu dengan TS. Saje je kan malas nak jalan. Kat TS, kteorg round habis 1 TS kot. Lenguh gila kaki aku.. smp dh xlarat gile. hehehe... aku beli apa? RAhsia... sampai 2 kali draw duit.. Tapi best sebab aku beli benda yg aku dh lama idamkan...

Sampai kolej dalam kul 10, Mira mesej ada meeting. so xsempat tukar pakaian p attend meeting lak. Meeting tu kalo aku xde pun xjejas pun... memandangkan tanggungjawab dan amanah yg diberikan... aku mengahadirkan diri jugak.. hehehhe.. nk tunjuk rajin la... hehehehe...

Naik bilik... fb jap, blog jap...n zzzzzz.. tido.............esok kelas!!!! tapi ade keje yg pasal Malam Alumni Kolej yg belom setel. So mcmn? nk skip kelas ke macamana... Eh xkot... eh ye kot...eeeemmm tgklah macamana nanti.... :):):):):):):):):)

Tuesday, August 3, 2010

Aku kembali lagi (+.+)

First at all, aku memohon beribu kemaafan kepada blog kesayangan aku. Lama aku menyepi tanpa mu..

Emmm.. actually aku dah hilang keyakinan nak menulis semula. Mungkin hari ini dah sampai masanya untuk aku kembali sharing dengan pembaca-pembaca blog dan mungkin untuk diri aku sendiri.

Memandangkan aku dah lama xupdate status aku.. but not my status in relationship. Maksud aku status aku sebagai student. Aku sekarang masih menyambung pelajaran aku di UM. Setelah aku tamat PASUM , aku ditawarkan menyambung degree aku di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM. btw aku rasa sangat bertuah juga kerana aku ditempatkan di fakulti tu, walaupun pada awalnya aku xberminat langsung untuk sambung degree aku di fakulti tersebut. Now, Aku adalah seorang student Fakulti Sastera degree in Major Pengajian Asia Timur, (Japanese study) and minor Environmental studies. Pada mulanya, untuk memilih course yang sesuai bagi aku agak susah la sikit. Pada minggu add and drop, aku telah masuk beberapa kelas yang lain, setelah mempertimbangkan minat aku dan kecenderungan aku dalam bidang mana aku telah memilih kursus2 tersebut. Semoga pilihan aku untuk masa depan aku nanti adalah tepat.

Dan juga, aku tinggal di Kolej 9, Kolej Tun Syed Zahiruddin, yang terletak diluar kampus UM, dan berhampiran dengan KFC PJ. Pada mulanya, aku sepatutnya ditempatkan di di Kolej 7, Kolej Za'aba. tapi dah penuh so HEP telah menghantar aku dan kawan2 ku yang lain ke kolej 9. Semasa pendaftaran kolej, Ku (ayah aku)dan Pak nik yang menghantar aku. Mula2 aku cakap aku xsuka dop kolej tu. Malam tu jugak, aku kol umi mengadu dop kolej ni xbest la, macam dalam hutan la, dah la xde rumet lagi time tu. n ade2 saje aku mengadu. Macam aku xpernah dop kolej.. yelah dulu kolej 12, kolej 12 tu mmg lah selesa. Bila masuk kolej yg kurang selesa sukar lah aku nak adapt. But...2,3 hari lepas tu, aku rasa macam kolej ni lagi best kot. Aku dah boleh terima apa aje kekurangan dan kelebihan kolej ni. Aku joinlah Minggu Ineraksi Senior and Junior. Best jugak lah.. Sekarang... aku dah rasa selesa,walaupun kadang2 xde bas utk aku pergi ke fakulti, so terpaksa lah berjalan. So far, oklah. Yelah xkan nak semua benda yang senangkan? Bila dah selalu berada dalam zon selesa nilah akibatnya.. Eventhough, aku ok. Lagipun, sekarang aku join Malam Alumni kolej 9, yang akan diadakan hari Sabtu ni 7/8. Jam 7.30 malam. Mana2 Alumni K9, silalah datang yer... aku jadi AJK Jemputan.. kejenye menjemput orang by phone jer.

Emmm... ok lah actually aku nak postkan events "Skating Shape & Men's Health" yang telah diadakan di Putrajaya hari Sabtu lepas.. events malam 2 bila aku ingatkan balik tergelak sorang2. Something funny happend.memandangkan aku dah mengantuk ni lebih baik aku tidur. Kalau aku tahan mata aku, jawabnya xtido sampai pagi esok.