Friday, April 12, 2013

Kembali lagi....

Salam
Hye
Hello


Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni aku rasa tertarik untuk kembali menulis dalam blog ni. Walaupun aku bukan lah penulis blog yang tegar. Tapi memandangkan sekarang dah zaman serba canggih, dunia IT, dunia dihujung jari, dunia teknologi, macam-macam lah... sehinggakan tak dapat aku nak ikut semua perkembangan yang berlaku dalam dunia ini. Perlbagai perubahan yang berlaku.. terlalu pantas perubahan itu berlaku.. dari semasa ke semasa.. boleh dikatakan setiap saatlah.

Sebenarnya, perkara yang membuatkan aku tertarik untuk menulis blog ini balik, salah satu sebabnya aku tak nak membuangkan masa begitu saje.. at least aku buat something. Ok kenapa aku cakap tak nak bazirkan masa aku macam tu je. aku akan cerita lain kali. Sekarang ni, niat aku untuk menulis balik ni, aku rasa dah sangat2 bersyukur.
 
Sepanjang aku tinggalkan zaman sebagai blogger yang xsetia ni, Alhamdulillah, masih diberi nyawa oleh Allah S.W.T untuk aku menikmati dunia, Urmmm... dah banyak benda berubah dalam hidup aku. Macam-macam sweet sour kehidupan yang aku lalui, macam-macam peel peranga (kelantese word : ragam) yang aku buat baik buruk semua ada tapi , semuanya dah berlalu, cuma apa yang baik teruskan, apa yang xbaik buang aje....Walauapapun, aku tetap bersyukur sebab Allah beri macam-macam nikmat kat atas dunia ni yang dapat aku rasai....
 
Untuk entry, kali ini... so far setakat ini je dulu.. aku berharap aku akan terus kekalkan niat aku untuk kembali berkarya dalam blog yang mungkin juga aku jadikan sebagai coretan serba sedikit mengenai perjalanan hidup aku dulu, kini dan selamanya. Insyallah.

No comments: