Sunday, September 19, 2010

aku dah malas...

aku dah malas nak tulis blog..
aku nak skate..........................
dah lama aku xbuat hobi aku yg tu.....
aku nak berjinak2 dalam photoghrapy plak..
aku suka photo.. aku suke...aku suke... hehehehe..
bila aku nak ade DSLR ni... sape nak tolong aku....
aku nak...aku nak..aku nak....

entry kat atas tu.. aku merapu aje....

actually aku dh lama nak menulis kat blog ni.. tp aku pendam aje... masa time aku busy nilah aku jd rajin nk menulis.. walaupun hanya utk beberapa kerat saje...

Lepas raya ni, aku akan semakin busy.... bnyk keje yg dh tertangguh.. mana satu aku nak siapkan. mana aku nak cari sponsor utk projek silat, assignment alam sekitar manusia, test jepun, study.. huh.. ni la aku suke buat keje last minute,,,, but insyallah akan disettlekan dgn baik...

gambar2 rayaa.... aku dh malas nk upload kat blog..aku dah upload bnyk kat facebook.. mana2 kwn2 yg rajin nk menjenguk fb sy silalah jenguk n komen2 yg positif ye... hehehehe..

k.. stop here..tq.. da..

Sunday, August 8, 2010

Skating Shape & Men's Health

Events : Skating Shape's and Men's Health
Time : 6-11 p.m
Date : 31.July.2010
Avenue : Palace Justice , Putrajaya.

Hye guys..
dah lama rasanya saya xberskate dan join events. Ini events skate yg ke 3 xsilap sayalah. Saya susah nak join events ni sb saya bukannya terer sgt nk skate, kalo join pun sy akan menyusahkan org lain. Kalo kadang-kadang tu xpelah.. :) sorry yer org2 yg sy dah menyusahkan ni. The next reason, saya selalu balik kampung saya di kelantan. Kadang2 events yg diadakan time sy bercuti dikampung so xdptlah sy join. Lagi, saya susah nak pergi sb transport saya hanyalah kaki saya. Saya belum ade transport yg besi punye.

Pengalaman saya :

Last week, saya dengan excited nye pergi ke Putrajaya. Seperti biasa, saya akan menggunakan ERL untuk kesana dan kawan saya yg tinggal kat putrajaya tu akan jadi mangsa pergi ambil saya kat Putrajaya sentral. Thanks ika.. But.. dengan rasa sedihnye.. bila saya kol ika, ika xde kat putrajaya. Ika pergi melaka. Saya rasa saya mahu patah balik dan xnak pergi. Tapi waktu tu, saya dah berada dalam ERL. Saya pikir-pikir, alang2 dah sampai baik saya teruskan jelah. Then bila saya sampai kat Putrajaya sentral. saya tengah berfikir-fikir untuk naik bas ke teksi. Mula- mula saya ke sebelah perhentian teksi, bila saya fikir-fikir balik. Saya banyak masa lagi, xperlu tergesa-gesa. So saya cross the road n pergi ke tempat perhentian bas. Saya tanya kakak kat kaunter tu, macamana nak pergi kat Dataran Putrajaya yang kat depan masjid putrajaya. Kakak tu cakap naik bas No 100,101,500, 300. Saya cari-cari no bas tu dekat tempat parking bas 2. Malangnya, xde. Tapi saya masih lagi mencari. Rupa-rupanya, pakcik driver bas xnak masuk lot parking bas, dia nak terus gerak. so saya nampak bas no 500. saya tanya pakcik driver tu, "pakcik bas ni pergi ke Dataran Putrajaya x? " Pakcik jwb : "pergi! naik..naik.. dik..". Saya : "terima kasih, pakcik". Sebenarnya, saya xsuka naik bas kat KL ni. saya bukan nak 'agah' sebab driver bas bawak macam nak gila. Kalau kat kelantan xde plak saya xsuka. hari-hari saya balik sekolah dengan bas dan hari-hari saya hidu asap bas. pernah saya naik bas rapid kl dari um nak ke stesen kerinci.Macam org gila saya rasa. dahla rasa mcm bas nak terbalik pun ade. Itu yg membuatkan saya trauma naik bas kat KL, saya lebih rela naik teksi. Memandangkan, saya banyak masa lagi dan so saya naik bas nadi yang kaler oren tu, untuk ke destinasi. Saya naik bas 2, pak cik driver tanya " nak pergi mana" nk pergi dekat dataran saya jwb. saya tanya lagi berapa ringgit pak cik? time tu saya dah keluarkan not kertas rm10. sebab saya xde duit seringit-seringit. Pak cik tu ckp "50 sen jer dik". Saya cakap lagi :" saya nak pergi kat depan masjid putrajaya 2 pakcik", pak cik tu jwb :"5 kupang je dik..." macam xpercaya jer... saya ni dahla org kelate kata darat naik bas.. nasib baik saya ade syiling. saya nak bagi kat pak cik tu.. pak cik 2 ckap masukkan kat dalam ni. Dalam ni ke pak cik? saya tanya lagi. Pak cik dah macam bengang dgn saya. Then, saya ambik seat kat bahagian belakang sekali. saya tengok org2 sekeliling saya yg berada dalam bas 2. Kenapa semua duduk berdua aje. means bercouple, yang muda, yang tua semua duduk dengan pasangan means laki dan perempuan la. Saya sorang2 kat belakang sekali. Then, ade second driver bas dtg duduk sebelah hujung kiri saya. Dia tanya saya, dtg dari mana nak kemana. Maybe sebab dia tengok saya macam rusa masuk kampung kot. terpinga-pinga semacam jer. Dia tanya saya taw x nak turun kat mana? saya ckp xtahu. yang saya tahu saya nak turun kat Dataran putrajaya. pak cik tu ckp, bas xberhenti kat sana bas hanya berhenti kat JKM. oooo.. sy ckplah kat dia. nanti pak cik ckp lah. Then, bas dah mula bergerak.. saya memerhatikan pemandangan diluar. Pak cik 2 dah terlena.. saya dah mula risau takut, saya terlepas tempat mana sy nak berhenti. saya dah berkira-kira nak kejutkan pak cik tu. takut saya terlepas. Tiba-tiba, pak cik tu buka mata dia then tekan loceng. Saya tanya dia, kat sini ke pak cik? Dia ckp ya. n sy ambik beg dan say thanks 2 pak cik tadi.

Dengan keadaan yg panas terik lagi, saya berjalan dari bus stop ke Masjid. jauh jugak. bukannya dekat. pak cik 2 ckp dekat je. dahla panas... nasib baik aku bawak sunglass. aku dapat merasakan matahari membakar kulit2 aku. ahhh.. aku xhiraulah.. aku jalan2 sambil menikmati keindahan sekeliling. Bila sampai kat bulatan depan masjid tu, kat situ ade construction, pakcik2 yg tgh buat keje2 tu, tegur aku.. nak g mana tu panas2 ni.. aku buat bodoh jelah.. then pergi masuk dalam masjid tuk solat asar.

dah siap solat asar, aku dah xtaw nak pergi mana. aku nak skate kat dataran 2.. time tu tengah panas lagi. aku pun pergilah jalan-jalan kat bawah , kat medan selera n tempat yg ade jual souvenier. aku beli ais krim n mkn kat tepi tasik.. Ais krim 2 cepat cair.. aku pun buang. aku pergi beli air plak.. then continue lepak kat tepi tasik. dalam 15 minit aku dah xtahan panas. aku pergi kat tempat souvenier plak. dah boring aku naik atas.

Then, aku rasa nak pergi skate kat atas jambatan. Sebab kat situ terlindung sikit dari cahaya matahari. So aku pakai2 safety pad ape semua. aku main kat situ-situ jer. Aku takut jatuh. takut org gelakkan aku. n yg paling takut aku jatuh sorang2 pengsan sorang2 nnt xde org tolong.. hehehehe.. pk bukan2.

then, aku text marts, marts ckp dia xdpt dtg, kereta rosak. aku dah mula risau takut xde kawan nak skate nnt. aku dah la xberape pandai. then, aku pergi depan palace justice , aku skate dari dataran ke sana. sorang2.. huhuhu aku jatuh 2 kali. nasib baik india2 yg dop shooting tu xnmpk. aku lalu ikut siar kaki , then aku cross lalu ikut tengah. aku dah terasa penat.. rasa macam jauh je lagi tempat tu. Myb aku dah penat sebab dah skate kat ats jambatan tadi. samapi2 saje kat depan booth tempat simpan barang aku jatuh lagi kat depan crew2. Nasib baik dorang xgelakkan aku. Dorang tny aku dari mana, aku nmpk mcm penat giler.. hahahha.. dia bg kerusi suh aku duduk. Then, dtg sorang uncle tegur aku. Setelah berkenalan, uncle tu ckp dia pun dtg nak skate. Namanya uncle leong. Then, datang sorang lagi, aku ckp dlm hati aku, mcm pernah kenal je... api time tu serius aku lupa nama dia. Lama-lama kteorg borak2 baru aku ingt nama dia tu pun masa aku dia kenalkan diri dia kat uncle leong.

Then, aku cakap kat doarang aku ni ni xberape reti sgt nak skate laju2.. aku ckp kat dorang aku nak follow mereka. Tapi aku xblh pergi laju-laju.. dorang ckp ok. actually , time tu kteorg tunggu Ben, ben ckp dia tgh meeting dgn organizer so mcm dah lama sgt kteorg menunggu. Uncle pergi tny kat organizer, dorang ckp Ben pergi hospital, dia jatuh dan muka dia teruk. So kteorg decide skate sendiri2.. not in group la.

Aku dah mula rasa malas nak continue.. nnt aku sambung lain kali....
Layan gambar jer .. okey...























Malam Alumni 9, (2010)

Malam Alumni 9, telah diadakan dengan meriah dan jayanya semalam. walaupun penat jelas terasa, Hatiku cukup berpuas hati kerana dpt mengerahkan keringat yg ada bg menjayakan projek pada malam tersebut.

3minggu persiapan telah diadakan.Semua AJK-AJK yg telah terlibat dalam projek tersebut telah membuat persiapan yg lebih awal. Walaupun ade juga cacat cela sedikit, itu adalah lumrah manusia , xboleh lari dari kesilapan.

Our pengarah projek is Kucai and our timbalan pengarah is Bahau. Aku adalah AJK jemputan dan pengarah Jemputan ialah Meera. Aku sangat senang berkerjasama dengan diaorang semua. Kerja aku sbg menjemput orang melalui call saje. so xde masalah dan sangat ganpan, cuma perlu meluangkan sedikit masa utk menghubungi alumni2 yg lepas di pejabat kolej. Walaupun tugas aku hanya menjemput orang, tetapi tugasku tidak terhenti disitu saje. Dengan rasa ringan tulang nye aku serta kawan2 yg lain membantu Ajk-ajk lain terutama dalam protokol yang dihandle oleh Alya. thanks to all members..


Layan gambar jer... Pic by Nadjwa phone..

I'm with the tecnical crew.
i want this!

this is classic bike. The green colour is yours, Aina. hahahaha


Registration crew

model of classic cloth.. yeke??


Wednesday, August 4, 2010

Activities today 2/8

Aku bangun lambat pagi tadi............arghhhhh.... skip kelas lagi.. Ape nak jadi dengan aku ni. Inilah masalahnya bila kelas pukul 8. Bukan senang aku nak bangun kul 8 ni. (1 tabiat buruk) hehehheehe.. but i will try 2 change.

So the next kelas kul 12, yang tu aku pegi. hari ni xbanyak kelas, kelas last, kelas jepun habis kul 3. Sebelum masuk kelas aku p hantar buku yg aku pinjam kat library dulu. Then, aku n nadjwa p FESKUM, kat KPS. Mula2 langkah masuk KPS aku dari library lagi nampak booth Rasamas, aku dah aim nak p sana. lepas p cucuk duit, terus aku p rembat makanan kat sana. Urmm. seperti biasa pilihan aku adalah nasi ayam honey.Tapi yg ni.. xsedap langsung. Murah tu murah la tapi xworth it la. Sampai sakit perut aku. Sempat gak aku habiskan... :)

Then, masuk kelas Prof Isa Zhi liang , Prof aku yg mengajar Tamadun Asia Timur. Time mengajar ajar campur 3 bahasa, China, melayu n english. Sleng melayu dia mcm china. Maklumlah China mualaf. tapi aku suka kelas dia walaupun aku xpaham ape pun. So ape yg dia ajar kena baca balik. Aku masuk lambat, sebab perut aku buat hal lak. Aku bukak pintu dewan kuliah, tiba2 terkejut aku tgk Prof keluar, nampak macam tergesa-gesa. Masuk kelas tgk org tgh decide nak buat group tutorial. So, kelas hari tu.. xde.. yahoo.. suka aku. So the next kelas, kelas JApanese. Kelas favourite aku tu.... Belajar benda baru yg kita minat ni best sangat2....

Habis jer kelas, aku n nadjwa terus dapatkan cab nk pg Low Yat. Aku pergi temankan Nadjwa nak beli laptop baru. sampai je low yat, aku n nadjwa usha2 dulu laptop n harga. banding2kan harga n rundingkan harga ape semua. so dengan cash rm 1500 laptop model CQ 42 Presario Compact menjadi milik Nadjwa. Huhuhuhu.. aku usha2 gak camera SLR idamanku. Aku nak Canon EOS 550D or 500D pun jd lah. Nak jugak.. nak jugak... nakkkkkk..... sape nak kasi kat aku. huh.. xde org nye nak kasi free...

Sebelum tunggu software dimasukkan, kteorg p makan kat Shikiya, masakan jepun. mentang2 belajar jepun kan... so makanan nye pun kena biasakanlah. Then, lepas siap semua. Miss Nadjwa ni nk bershopping kat TS plak. Ni yg aku xtahan bila dengar perkataan Shopping. Iman aku dah tergugat ni...

Kteorg p TS dgn monorail, mls nak jalan. padahal dekat je plaza low yat tu dengan TS. Saje je kan malas nak jalan. Kat TS, kteorg round habis 1 TS kot. Lenguh gila kaki aku.. smp dh xlarat gile. hehehe... aku beli apa? RAhsia... sampai 2 kali draw duit.. Tapi best sebab aku beli benda yg aku dh lama idamkan...

Sampai kolej dalam kul 10, Mira mesej ada meeting. so xsempat tukar pakaian p attend meeting lak. Meeting tu kalo aku xde pun xjejas pun... memandangkan tanggungjawab dan amanah yg diberikan... aku mengahadirkan diri jugak.. hehehhe.. nk tunjuk rajin la... hehehehe...

Naik bilik... fb jap, blog jap...n zzzzzz.. tido.............esok kelas!!!! tapi ade keje yg pasal Malam Alumni Kolej yg belom setel. So mcmn? nk skip kelas ke macamana... Eh xkot... eh ye kot...eeeemmm tgklah macamana nanti.... :):):):):):):):):)

Tuesday, August 3, 2010

Aku kembali lagi (+.+)

First at all, aku memohon beribu kemaafan kepada blog kesayangan aku. Lama aku menyepi tanpa mu..

Emmm.. actually aku dah hilang keyakinan nak menulis semula. Mungkin hari ini dah sampai masanya untuk aku kembali sharing dengan pembaca-pembaca blog dan mungkin untuk diri aku sendiri.

Memandangkan aku dah lama xupdate status aku.. but not my status in relationship. Maksud aku status aku sebagai student. Aku sekarang masih menyambung pelajaran aku di UM. Setelah aku tamat PASUM , aku ditawarkan menyambung degree aku di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM. btw aku rasa sangat bertuah juga kerana aku ditempatkan di fakulti tu, walaupun pada awalnya aku xberminat langsung untuk sambung degree aku di fakulti tersebut. Now, Aku adalah seorang student Fakulti Sastera degree in Major Pengajian Asia Timur, (Japanese study) and minor Environmental studies. Pada mulanya, untuk memilih course yang sesuai bagi aku agak susah la sikit. Pada minggu add and drop, aku telah masuk beberapa kelas yang lain, setelah mempertimbangkan minat aku dan kecenderungan aku dalam bidang mana aku telah memilih kursus2 tersebut. Semoga pilihan aku untuk masa depan aku nanti adalah tepat.

Dan juga, aku tinggal di Kolej 9, Kolej Tun Syed Zahiruddin, yang terletak diluar kampus UM, dan berhampiran dengan KFC PJ. Pada mulanya, aku sepatutnya ditempatkan di di Kolej 7, Kolej Za'aba. tapi dah penuh so HEP telah menghantar aku dan kawan2 ku yang lain ke kolej 9. Semasa pendaftaran kolej, Ku (ayah aku)dan Pak nik yang menghantar aku. Mula2 aku cakap aku xsuka dop kolej tu. Malam tu jugak, aku kol umi mengadu dop kolej ni xbest la, macam dalam hutan la, dah la xde rumet lagi time tu. n ade2 saje aku mengadu. Macam aku xpernah dop kolej.. yelah dulu kolej 12, kolej 12 tu mmg lah selesa. Bila masuk kolej yg kurang selesa sukar lah aku nak adapt. But...2,3 hari lepas tu, aku rasa macam kolej ni lagi best kot. Aku dah boleh terima apa aje kekurangan dan kelebihan kolej ni. Aku joinlah Minggu Ineraksi Senior and Junior. Best jugak lah.. Sekarang... aku dah rasa selesa,walaupun kadang2 xde bas utk aku pergi ke fakulti, so terpaksa lah berjalan. So far, oklah. Yelah xkan nak semua benda yang senangkan? Bila dah selalu berada dalam zon selesa nilah akibatnya.. Eventhough, aku ok. Lagipun, sekarang aku join Malam Alumni kolej 9, yang akan diadakan hari Sabtu ni 7/8. Jam 7.30 malam. Mana2 Alumni K9, silalah datang yer... aku jadi AJK Jemputan.. kejenye menjemput orang by phone jer.

Emmm... ok lah actually aku nak postkan events "Skating Shape & Men's Health" yang telah diadakan di Putrajaya hari Sabtu lepas.. events malam 2 bila aku ingatkan balik tergelak sorang2. Something funny happend.memandangkan aku dah mengantuk ni lebih baik aku tidur. Kalau aku tahan mata aku, jawabnya xtido sampai pagi esok.

Thursday, May 27, 2010

mencari ketenangan

Kadang-kadang aku rasa apa yg berlaku dalam dunia ni xadil. Selalunya apa yang kita nak xdapat, tapi orang lain dapat. Ada juga situasi, "Kau macam ni...macam ni.. tapi aku xmacam ko.. kenapa ko dapat " Tak kisah la dapat apa pun. Itulah yang membuat aku kadang-kadang tergugat iman sikit. Terfikir benda yang tak sepatutnya berfikir, tak bersyukur, tak terima qada' dan qadar. Nauzubillah....

Aku beristighfar sejenak didalam hati, mencari ketenangan diri. Memuhasabahkan diri, akhirnya aku sedar dari pemikiran buruk, dalam dunia ni..Allah telah jadikan segalanya-galanya adil. Mungkin kita belum dapat lagi, mungkin perlu berusaha lagi, mungkin jua usaha belum cukup lagi dan yang paling penting banyak-banyak bersabar.

Kita sentiasa mengimpikan impian kita akan tercapai, tapi sudah cukup kuatkah pegangan kita pada impian kita, mampukah memikul impian itu, mampukah melaksanakan impian itu. Beberapa persoalan akan bermain dibenak pemikiran kita. Bercakap tentang soal IMPIAN ni, setiap orang ada impian masing-masing, tidak kira lah besar atau kecil. Yang paling utama dalam persoalan ini adakah USAHA sudah cukup kuat untuk mengejar IMPIAN itu.

Aku akan menjawab : IMPIAN yang aku pegang selama ni, memang tak kukuh. Tidak bersungguh-sungguh dalam mengejarnya. Mengambil sikap sambil lewa. USAHA yang dilakukan tidak dapat mencapai tahapnya lagi. Mungkin kerana itu, IMPIAN yang aku bina selalunya akan mudah runtuh. Setiap kali aku mengejar IMPIAN aku, aku cepat penat, aku cepat putus asa, aku berhenti ditengah jalan walaupun belum mencapainya lagi. Aku sering mengeluh,,,, Aku kurang bersabar. Aku nak kan nya dalam masa yang singkat.. ITUlah aku...

Pada hari esok dan seterusnya, Aku akn cuba perbaiki diri dalam mengejar sesuatu. dan melakukan nya dengan bersungguh-sungguh.

INSYALLAH>>>>>> amin....

Tuesday, May 25, 2010

Putrajaya Friday Night Skate

hanya picture2 saje dimasukkan.

nik,marts, dee


nick ,jaja, me, marts

picture edit by marts...

marts,sorry curik balik picture ni...hahhahaha..

klo lagi ramaikan lagi best... jom kawan2 join skate beramai-ramai.

Monday, May 24, 2010

Sekejap aje.......

Hoh.. dah lama xupdate. aku bukan seorang blogger yg kurang bertanggungjawab.. xmacam blogger2 yang lain.

Dah lama xmenconteng kat blog ni. Asyik typing error je..btw minggu ni memandangkan aku kat KL so aku dapatlah join skate bersama kawan-kawan kat Putrajaya.

Friday night, Aku,jaja,marts, nick and dee. Skate kat tempat biasa.daripada bulatan depan masjid sampai depan palace justice. rehat2 kat sana kejap then patah balik. Aku belum dikategorikan skater dah OK. Aku belum OK lagi,break pun belum pandai lagi.
Apatah lagi nak skate laju2. ermmm.. kena banyak2 practice. Actually, aku takut jatuh. Bila jatuh badan sakit2.. nak jadi skaters sangat tapi MANJA! one words yang pernah aku dengar dari abang aku. baik xpayah main la klo macam tue... lepas tu, aku terus xngadu kat dia lagi. Aku xmo jadi MANJA. i wanna be pro skaters. tengok lah ye nnt.. amin....

p/s : picture blom upload lagi. next entry lah aku masukkan picture. Klo xde picture mmg xsah..

Aku dan aina tinggal kat rumah eiqa di Presint 9 Putrajaya dari hari jumaat lagi, kteorang ada discussion yg penting dengan eiqa. hahaha... btol x Aina? Thanks to eiqa kerana bnyk tolong kteorang, bg makan minum and hantar ambik aku. Insyallah apa yang kte discuss tu akan berjaya.. AMIN..

Petang Ahad,
memandangkan aku dah kat Putrajaya, xdelah susah sgt nk pergi skate. AKu,jaja dan marts skate kat Putrajaya lagi. Mula2 sampai panas terik lagi, kteorg skate kat depan masjid dulu then baru kteorang gerak pergi tempat lain.

Kali ni kteorang skate kat tempat lain. Rugi nick dengan dee xikot. Mencabar jugak lah perjalanan kali ni.turun tangga, turun jalan curam (tp xdelah curam sngt) aku jer takut... xberani lagi... mendaki jalan yg curam.. tapi seperti biasalah aku mesti akan jatuh. hah itulah takut nak jatuh sangat..akhirnya jatuh jugak. n org yg bru belajar seperti aku ni, banyak bergantung pertolongan org lain lagi. Thanks to jaja n marts. disebabkan aku korang xboleh skate laju2...

Aku xtaulah apa nasib aku sbg skaters selepas ni...menjadi ke x... bunyi mcm dah putus asa je kan...?? eh x...aku akn teruskan hobi ni...

Nmpaknya,3 minggu plak aku akn bercuti dari main skate ni.. knp??? becoz aku perlu ke satu tempat yg belum pernah aku jejaki lagi... ermmmm... see the next entry...

lamanya aku dop menagarang... dari Aina siap mandi sampailah aina dah siap mandi aku aku baru siap. Aina mandi bukan sekejap... sorry yunk... tertaip ni..hehehehhe..

Sunday, May 9, 2010

Dah lama aku xupdate blog..
xde masa nak update ke malas?

bukan xde masa.. masa sentiasa akan datang dan pergi... :0
aku jer malas nak cari peluang nak update. Orang lain berkerja dan sibuk jugak boleh jer nak update. Tapi aku... ntah la.. mungkin aku selalu pergi sana pergi sini..

News yang terbaru...
Aku tengah risau pasal pasport aku....xsampai-sampai lagi.Hari Selasa lepas,lepas aku pergi buat pasport baru, aku pergi pejabat pos nak pos ekspress ke terengganu. dengan harapan esoknya akan sampai. Ayad De minta pasport,gambar Visa,dan beberapa dokumen perjalana yang lain. Aku dengan yakinnya memasukkan dokumen2 penting tu dalam sampul pos ekspress. yang paling penting sekali adalah pasport aku.

Hari khamis, ayah de kol umi, untuk bagitau pasal hari sabtu kena pergi khusus/taklimat daripada Agensi. Umi tanya ayah de dah sampai ke belum yg diposkan tue.. Ayah de cakap belum sampai lagi.. dan dalam sampul tu dikirimkan sekali pasport aku. Terkejut Ayah de bila cakap pasport aku ade dalam tu. Mereka xboleh salahkan aku, aku mendengar arahan. Nasib baik kaki/no kod sampul tu masih pada aku lagi.

Hari ini aku nak kena selesaikan beberapa urusan penting lagi. Nak kena pergi ke pejabat pos lagi,nak kena check balik dengan pejabat pos Kota Bharu dan beberapa Urusan lain yang perlu diselesaikan sebelum malam ni. Malam ni.. aku akan ke KL atas urusan Angah. Aku, Ku dan angah akan pergi.

Kelmarin@Semalam,
Aku, Ku, Umi dan Tok mek ke Kuala Terengganu untuk mendengar taklimat ringkas daripada Tuan Haji. dan menyelesaikan dokumen perjalanan. Yang aku punya belum selesai lagi... :( Habis sajer taklimat tersebut, perut kami dah lapar. Then Ayah de, bawak pergi restoran makanan kampung. Aina,ajak aku dan family pergi rumah nye di Manir, Trengganu. Alang-alang nak pergi Manir, Ayah de cakap baik pergi buat suntikan terus. Sebab Klinik Ummu tu dekat dengan Manir. Klinik tutup time rehat kul 2.30 buka balik so memandangkan kami semua belum solat zohor lagi, aku mengajak mereka semua ke rumah Aina di Kg. Padang Tengir,Manir.

Akhirnya, sampai juga hajatku untuk kerumah Aina.. Thanks aina dan sekeluarga diatas layanan dan buat kuew teow makan dengan kicap pedas yang sedap tue...Tapi yang masak bukan Aina.. Kak wani dengan Abe syah.

Next time datang rumoh aku pulop........

Monday, April 26, 2010

Skate With My siblings

Aku mengisikan masa hujung minggu aku dengan pergi ke Taman Tengku Anis, kota Bharu. Dah lama aku rasa xpergi ke sana adelah hampir 2 tahun.

Sabtu baru-baru ni, aku dengan Angah, Ya, Kakak n Hasif pergi ke Taman Tengku Anis. Tujuannya aku nak pergi skate kat sana n cari-cari tempat yang sesuai utk skate. Mula-mula xnak bawak Hasif. Ingat nak pergi dengan adik beradik perempuan sajer. Masa aku keluar dari rumah tu pun dah senyap2. Si Ya pulak lambat2 n hasif time tue dalam bilik air lagi. Aku dop tunggu dalam kereta dah, Ya tue mmg slalu lambat klo dia bersiap. Yang keluar bukan Ya, Hasif dulu yang siap. hurmm. kalo xkasi pergi pun dia tetap nak ikut jgk. Terpaksa lah bawak dia. Perangai dia sebenarnya lebih kurang mcm aku masa kecik2 dulu. Orang xajak pergi pun nak ikut jugak. Klo xdapat pergi mengamuk-gamuk. hehehehe.. itu aku dulu la.. Klo sekarang nak pergi mana2 xperlu bergantung pada orang lain dah.. :)

Hari tue ramai juga pengunjung-pengunjung yang datang. ade yang berjogging, bersenam, senamrobik pun ade, ade yang berpicnic bersama family n ader jugak pasangan2 kekasih yang berdating.

Masa sampai aku cari port yang sesuai nak skate. aku perlu cari tempat yang ader tiles n simen dulu. ader tempat yang sesuai, selepas pakai kasut.. aku main pusing2 dua-tiga kali dah rasa boring.. tempat tue xsesuai.. kecik sangat track nyer..

Then aku try skate kat track jogging. Orang-orang yang berjogging tue tengok semacam jer aku. pandang aku macam xpernah tengok. Tauler xpernah tengok aku kat sini tapi xpayah la tengok macam tengok hantu. Dah la track jogging ni bukannya rata. terbukam jugak aku kat situ. Yang aku pelik lagi ader yang semapat lagi tegur-tegur aku tanya saiz kasut berape.. beli kat mana, berapa harga. xjatuh ker.. ader makcik sorang tue bg nasihat kat aku " molek dik jatuh ke xleh branok".. wey la.. aku pun pelik.. aku dengan adik2 aku dah tergelak-gelak.

Lepas kena tegur aku dah skate lagi kat ats track jogging tue.. malu la wey.. dah mak cik tue tegur aku macam tu. Nasib baik ader satu kawasan lapang dekat badminton court. Macam tempat perhimpunan. Tapi simen nye xrata dan ade yang pecah-pecah so aku kena sangat2 berhati-hati. lagipun aku bukannya skaters yang pro macam dalam video ni :http://http://www.youtube.com/watch?v=nGfYBFRPmO8. korang tengok sendiri la malas aku nak upload video tu. Aku jelezzzz.......... huahahaha...

Adik-adik aku pon tumpang dua kaki nak berskate sekali.

Masa aku nak balik tue tetiba-tiba ternampak 1 papan tanda yang mengembirakan aku.. hehehe.. tunggu entry berikutnya...



Hasif with his style.. Future inline skaters
Dah pandai dah cikit-cikit...
Me n my siblings... kakak without eye. sebelum keluar tadi lupa nak pakaikan mata dia. Balik kena marah kat parent aku. hahahha.. itulah nak cepat sangatkan.. t
Angah tengah belajat lagi.. Lepas ni semua adik-adik aku belajar skate macam aku. hahaha.. kakak nak jugak belajar. sorry sayang.. kasut tue xmuat utk kakak.. nanti along belikan kasut lain..

Sunday, April 25, 2010

Ct datang KB?

nak?? urmm.. delicious...
me n ct di Secret Recipe, tesco KB

Pagi-pagi lagi aku dapat kol dari Ct. Siti kol aku cakap yang dia kat Kelantan. macam xpercaya lak aku. Kawan aku yang terpenah sampai kelantan. Akhirnya, sampai jugak.


Ct kol aku dari semalam lagi, tapi aku xjawab. Bukan xnak jawab, aku xtaw fon aku ntah
kemana.Hntr mesej lagi.. kat FB lagi.. hehehe.. sorry ct.


Dalam kul 11 aku pergi jumpa Ct kat hospital pakar perdana.kota bharu. Ct dtg sini coz dia nak melawat sepupunyer yang buat operation. Ct datang dengan mak dia. Sampai hospital, aku pergi melawat dulu then aku n ct kuar.


Mula2 aku bawak ct pusing-pusing bandar kota bharu. n then bawak pergi kb mall. Aku bawak jalan2 kat sana sebab aku nak pergi beli barang cikit n pergi watson. Ermm... teringat kek la.. Secret Recipe... then aku ajak ct pergi makan kek dulu.. Tengok2 kek kesukaan ku xde.. :( choclate indulge ku xde...


then aku pergi Tesco cari kek kat secrect recipe kat sana..ooo.. sanggup aku pergi sana semata-mata nak makan sepotong kek kegemaran ku. tapi.. hampa :( xde jugak.. but aku tetap makan aku cuba classic chesse.ermm. muak ckit myb bnyk cheese kot.


After makan, ingat nak bawak ct pergi pengkalan kubor. jalan2 kat sana.Tapi xjadi pegi, Ct mmg dah sakit perot sejak pagi lagi. Period pain..tibe2 masa kat atas kete ct dah xsedap tekak.. meloya jer.. then aku nengok dia pon dah risau, muka nampak pucat. then aku kasi dia plastik suh dia muntah dalam plastik. Kteorang batalkan utk pergi pengkalan kubor, kteorang balik hospital semula. Dah banyak2 kali muntah-muntah tue, nak pergi berjalan lagi mmg xlaratlah..
Ct rehat kat wad sepupu dia. dekat2 kul 4 aku balik. Sebelum balik semapt lagi aku singgah noodle station jap. Makan sorang2 xde saper temankan :( dah biasa dah.. hehehehe..


P/s : ct nnt dtg lagi len kali, ajak trump skali.. hehehe... take care!

Splash

Entry Friday,
23/04/2010.

Sejak aku balik rumah, adik-adik aku selalu dop mengajak nak pergi "Splash". Aku memang nak berhajat bawak diorang pg sana. Tapi aku lak xde masa, yelah walaupun aku sekarang tgh bercuti. Sibok jgk.. ader jer keje yang nak dibuat, disuruh buat, dan kena buat.

Ingat nak pergi petang khamis, sebab hari jumaat hasif n hafiz ade tuisyen. Tetibe lak, aku rasa penat+letih=malas. hah itulah calculation nyer.. n jawapannyer malas. Malas nak bangun klo dah tidor.. Marah adik2 aku xtepati janji.. aku bukan xnak pergi. Nak tunggu si kecil molek fadwah 2 dtg. Bawak ramai2 baru best.


Ni time dah nak balik sempat lagi nak naik train..

Petang jumaat 2....

cik su,ayah su,tok mek,fadwah, fayyad sumer ader kat rumah aku cik su baru balik dari kedai PC. Pagi tue cik su tinggal anak2 dia kat rumah aku. Umi pergi ambik tok mek, fayyad n fadwah di kedai PC sebab cik su dgn ayah su kena uruskan kedai.

Dalam kul 4 lebih, semua orang dalam rumah aku bersiap-siap nak keluar, bergerak dgn 3 buah kereta menuju destinasi masing-masing. Aku bawak budaak2 pergi Taman Tema air splash. di Kota Bharu dekat JKR 10. Umi,Ku,Ayah su pergi rumah kawan ku bincangkan hal bisnes. n sebuah kereta lagi ke Bandar Kota bHaru, cik su, to mek, angah,ya n fayyad.

Masing2 menuju ke destinasi masing2.............

Hafiz pakai baju melayu lagi.. xnak buka baju takut nampak perot boroi dia.. saper suh xbwk baju t-shirt sgt..Yang si cilik kt belakang tu nak pergi mana. Lepas dia jatuh.. licin sebab lantai berlumut...Naseb baik senyap jer.. x nangis.

Tiket yang dikenakan utuk masuk bagi kanak bawah 2 tahun masuk percuma. Kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 6 tahun RM3, sekolah rendah RM4 n parents RM1. Tiket semua sekali nak masuk berharga RM 16.Aku kena jadi parent so tiket aku xde mahal sgt cuma RM1 jer


Fadwah,Hasna,Hanis.

Eh acik pon ade jugak..

Aku pun turun terjun kolam sekali. konon-kononnyer nak protect budak2 la kan. Padahal dh lama xterjun kolam.
Kanak-kanak kecik2 xboley main kat tempat dlm2 sgt main2 kat situ sudah..

Splashhhh............

Bang shif ni style aper???
Peace : Bang Pih
Kakak tu baru nak belajar2 berenang...
Kanak-kanak pakai spender ...

baby n fadwah lawan perot boncit.. saper menang ???

Kul 7, pekerja2 spalsh dah tiup wisel, suh kluar dari kolam. Diaorang nak cuci kolam. Balik 2 sempat lagi la adik2 aku ni naik keretapi...

Wednesday, April 21, 2010

Bye-bye Room C513

Kenangan aku kat bilik ni banyak sangat. Aku akan ingat sampai bila-bila. Sedih jugak dalam hati ni, nak tinggalkan bilik ni. Sebelum aku meninggalkan Kolej 12, Universiti Malaya.. aku sempat merakamkan beberapa picture-picture untuk dijadiakn kenangan.


bye-bye bilik C 513.

pandangan dari beranda bilik aku.. itu bukan aku yang ambik. dan bukan jari aku..

dari pandangan sebelah kanan 2 namapak x ade sebuah bangunan. Itu bangunan IPS, Institut Pengajian Siswazah.
Aku xsempat nak rakamkan gambar swimming pool.Tempat yang selalu aku kunjungi jugak. Aku akan pergi lagi..
:(




Clearance

Ini entry lepas yang dah beberapa hari tersimpan dalam draf. Aku just upload picture sajer.. No time la nak mengarang blog ni..hehehe.. sajer buat alasan..

Ok, this entry.. masa aku kat KK12 lagi. Masa ni aku tengah mengemas-gemas nak kosongkan bilik. nak tinggalkan KK12, tempat kediaman aku selama Bberapa bulan aku di PASUM.


Gambar ni aku teringat kat jiran sebelah aku. Nadia Balqis... hehehe.. beranda ni la menghubungkan pintu bilik aku dengan bilik dia. Senang g mari ore klate kato. hehehe.. Kat cni la tempat aku menjemur pakaian.. kan Aina.. Btol x? Tempat Aina dop "gayut'.. Ambik angin and sebagainya..


Eh.. dah kosong.. hehehe.. buat2 terkejut la kan. Yahoo.. berjaya juga aku pack kan barang2. habis licin.. tinggal debu jer..


nilah meja study ku.. yang dah clear.. Ade burger mcd jer.. itu nak makan, Aku lapar.Lapar ugak dop mengemas2 bilik ni.. :)

Banyaknya barang-barang aku.. aku angkut sorang ker? he3..nasib baik cokma ade tolong aku angkut barang-barang.
Petang tu jugak pakwie datang ambik barang-barang aku dan checkout bilik.. Aku dgn cokma angkut bwk turun brg-brg. Dahla lif di blok aku blok C rosak.. geram aku. Terpaksa guna lif sebelah sana. Lif di blok D. jauh jugak la dari bilik aku. Terpaksa la. klo turun tangga dari tingkat 5 mati aku. Turun naik turun naik... pakai lif pun dah penat sangat2..
thanks 2 cokma.. kerana sanggup tolong aku yer..

From Putrajaya To Petaling Jaya

Perjalanan pulang aku dari rumah K.Ije. aku balik ke UM dengan ERL. Klia transit. Laju jugak keretapi ni. Mula2 Kak ije nak hantar aku ke UM, aku cakap xpayah la. jauh sgt. Klo aku naik ERL kejap jer. Aku xnak susahkan dorang dah la menumpang rumah org nak susahkan org lagi. Aku xnak la org cakap macam tu. Sebagai tetamu, memang lah keperluan tuan rumah melayan tetamu dgn baik tapi xde la melampau sgt.. he3..

Aku suh K.ije hntr aku kat Putrajaya Sentral jer. Aku boleh balik sendiri. lagipun aku dah pernah naik dah hari tu.. Ermm.. tiket pun xdelah mahal sgt.. berbaloi la. Selesa, cepat dan mudah..

Xdelah menunggu lama sangat dalam 15 minit. Train dah sampai. Nasib baik kejap je dah sampai.


Sampai sajer di KL sentral, aku naik LRT. turun di stesen Universiti then ambil teksi sampai ke kolej..
Masa di Kl sentral sempat lagi aku beli kek secret recipe. Choclate indulge.. ingat nak makan dgn balqis. n Beli burger double cheese Mcd meal. n bubur untuk Balqis.
then trus balik.. huh.. balik2 tengok balqis dah nak balik. nasib baik sempat algi kteorang makan bersama-sama sebelum berpisah.. huhuhu,, nak nanges rasa bila ingat balik...

Sunday, April 18, 2010

Anak-anakku..

Jumaat lepas aku pergi putrajaya. Pergi skates dgn Marts, Nick, Jaja , n Akira. Entry ini xnak cte pasal skates lagi. Sebelum aku p putarajaya malam tue, aku nak balik ke ampang rumah k.eda, then aku kol Ku. Ku suh aku p tdo kat umah kak ije ( sepupu aku) kata ku suh g jale2 umah sedara mara. Memang pon aku jarang pg ziarah-menziarah rumah sedara-mara aku kat KL. padahal ramai jer sepupu2 paksedar, mak sedar.. n sedara jauh2 pun ramai. Tapi aku jer yang x g berjalan uamh doarang. Aku nak pg mcmn, transport xde.. Klo ade transport senang ler aku bergerak.

Lepas habis bermain lebih kurang kul 11, aku kol Kak ije suh dia datang ambik aku kat dpn Masjid Putaraja.. K.ije datang dgn abg Amir (her husband) ambik aku. Then balik umah dorang kat Presint 8. aku ingatkan dia dop rumah lama lagi. Dulu dop apartment skan dop umah semi-d dah..

Sampai2 jer aku relax jap.. minum air dulu. Then naik bilik mandi2 semayang isayk terus aku boom... tidur lena. Tapi agak panas jgk bilik 2.. nasib baik ade 2 kipas, aku pulas habis max. bukak tingakap lagi.. kasi masuk angin. tp tutup dgn langsir nnt ader yg intai lak.. :)

Lepas solat subuh aku tdo balik, then aku terjaga kul 10.30. Gila la.. pegi rumah orang bangun lambat.. Aku bukan sengaja nak bangun lambat. terbangun lambat.. tuan rumah lak xkejutkan.. hehehe.. Aku bangun mandi then mandikan Thakif n Thani.. dua anak-anak sepupu ku ini.

Then aku pg tolong2 bibik siapkan breakfast. Petang dalam kul 4 aku balik ke UM, K.ije suh stay lagi aku dah kena balik sebab nak kena checkout hari 2 jugak..

The pictures below is My anak-anakku.. :

Yang sulung nama Amirul Thakif, umo 5 tahun panggil Akif.
Yang kedua Amira Thani umo 3 tahun.

Alesya Thirah, nak masuk 1 tahun.


Me n abang..

Cik long n kakak..

Acik (mbak maria) pengasuh/bibik bersama dengan alesya
K.ije bakal menambahkan anak-anak nya.. maka bertambah la lagi anak-anak sepupu ku.. urm... aku ramai anak sepupu la... Allahamdulilah...


Friday, April 16, 2010

HAPPY BIRThDAY 2 U!!


Special To mY Friend :
Happy birthday SUBKI AWANG!
Sweet 19 boy!
::honeym::

Activities after EXAM

Me, AIna , Ct ,n ZUlhisham (trump) weols pg Sunway Piramid utuk meraikan kemenangan.. hahaha kemenangan la sangat.

Weols pg Sunway Piramid, actually the major activity kami pd petang itu adalah utk ber ice sakting bersama-sam group Alam bina. Tp dlm post ni xde picture kami berice skating. Picture-picture sume bkn pade aku, Ada pada ct, wani, n xingt lagi la sape lg..

Sebelum weols pegi ber ice skating, weols pg jalan-jalan dulu.. Cup2 sblm jalan kena ade cash.. Cari mesin ATM pon susah.. padahal belambak jer. Al maklumlah.. buke tepat2 hok beso mugo...

Then, Perut kteorg dh berdentam-dentum dh.. So, apa lagi.. JOM makan.. Jalan-jalan cari makan.. Nak makan ape yer.. Pizza? Nando's? Sushi? Kenny Roger's? Burger king? Wendy's? urmm... Aina bg cadangan makan kat Kenny jelah.. Weols ok jer.. on jer.. Masuk2 duduk pilih tempat lu.. pilih menu lu...buat lawak lu.. :

OOO... besaq nyor ayam dio.... weh habis ke ni??
Teka la makanan saper punyer ni.. Dh dpt agak dah. xcakap pon dah taw.. Beselah.. tgk org lah mcmana lak.sesuai ler dgn makanan dia 2... hahaha.. jgn marah..

Weh.. ini makanan sape ?? ooo.. 2 aku punyer la.. Best x? 3quater black paper grilled chicken with fresh fruits,potato salad, mashed potato n banana muffin. yummy..hohoho.. Aku dapat habiskan.. cuma potato salah n mashed potato tngl ckit jer xabis.. ckt jer.. ooo.. aku order Air manggo starlight ape bende tah.. tp best.. urmm.. berbaloi-baloi..

Sambil makan n sebelum tunggu makanan weols merakamkan beberapa lawak xblh blah bersama-sama. n Ada org 2 makan messy glew.. Blh dikatakan sume messy.. Aina pon.. hahaha.. Masing-masing bahang dan cool antara satu sama len.. (paling juara aina dgn trump).. sewel habis la..

Weh.. sape ni oo..?? Sweet kapel? yeke? x sweet pon yg pkai kemeja 2.. yg sebelah 2 dh sweet..

Hah yg ni sweet gak ke? urmm tah la xpenah try manis ke masin ke pahit ke tawar.. :) Cantiknye baju dia.. ceria molek.. monkey2 ag..

Juara "bahang" in the kenny rogers

Before going back.. Lift lama sgt.. so pe lagi.. amik kesempatan lol..

Chill! tgn gergasi sape masuk gak picture ni.. hey..
Orait.. click.. napok jugok, pok cik blake tuh.

Ct dop mitok gapo 2 dgn Aina. Aina acu bui gak ko Ct 2.. dio lapar lagi 2...
Weh dlm lift pon bergambar..
Entry ni xde story sal ice skting, so the next entry. okeyh!