Thursday, May 27, 2010

mencari ketenangan

Kadang-kadang aku rasa apa yg berlaku dalam dunia ni xadil. Selalunya apa yang kita nak xdapat, tapi orang lain dapat. Ada juga situasi, "Kau macam ni...macam ni.. tapi aku xmacam ko.. kenapa ko dapat " Tak kisah la dapat apa pun. Itulah yang membuat aku kadang-kadang tergugat iman sikit. Terfikir benda yang tak sepatutnya berfikir, tak bersyukur, tak terima qada' dan qadar. Nauzubillah....

Aku beristighfar sejenak didalam hati, mencari ketenangan diri. Memuhasabahkan diri, akhirnya aku sedar dari pemikiran buruk, dalam dunia ni..Allah telah jadikan segalanya-galanya adil. Mungkin kita belum dapat lagi, mungkin perlu berusaha lagi, mungkin jua usaha belum cukup lagi dan yang paling penting banyak-banyak bersabar.

Kita sentiasa mengimpikan impian kita akan tercapai, tapi sudah cukup kuatkah pegangan kita pada impian kita, mampukah memikul impian itu, mampukah melaksanakan impian itu. Beberapa persoalan akan bermain dibenak pemikiran kita. Bercakap tentang soal IMPIAN ni, setiap orang ada impian masing-masing, tidak kira lah besar atau kecil. Yang paling utama dalam persoalan ini adakah USAHA sudah cukup kuat untuk mengejar IMPIAN itu.

Aku akan menjawab : IMPIAN yang aku pegang selama ni, memang tak kukuh. Tidak bersungguh-sungguh dalam mengejarnya. Mengambil sikap sambil lewa. USAHA yang dilakukan tidak dapat mencapai tahapnya lagi. Mungkin kerana itu, IMPIAN yang aku bina selalunya akan mudah runtuh. Setiap kali aku mengejar IMPIAN aku, aku cepat penat, aku cepat putus asa, aku berhenti ditengah jalan walaupun belum mencapainya lagi. Aku sering mengeluh,,,, Aku kurang bersabar. Aku nak kan nya dalam masa yang singkat.. ITUlah aku...

Pada hari esok dan seterusnya, Aku akn cuba perbaiki diri dalam mengejar sesuatu. dan melakukan nya dengan bersungguh-sungguh.

INSYALLAH>>>>>> amin....

No comments: