Tuesday, August 3, 2010

Aku kembali lagi (+.+)

First at all, aku memohon beribu kemaafan kepada blog kesayangan aku. Lama aku menyepi tanpa mu..

Emmm.. actually aku dah hilang keyakinan nak menulis semula. Mungkin hari ini dah sampai masanya untuk aku kembali sharing dengan pembaca-pembaca blog dan mungkin untuk diri aku sendiri.

Memandangkan aku dah lama xupdate status aku.. but not my status in relationship. Maksud aku status aku sebagai student. Aku sekarang masih menyambung pelajaran aku di UM. Setelah aku tamat PASUM , aku ditawarkan menyambung degree aku di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM. btw aku rasa sangat bertuah juga kerana aku ditempatkan di fakulti tu, walaupun pada awalnya aku xberminat langsung untuk sambung degree aku di fakulti tersebut. Now, Aku adalah seorang student Fakulti Sastera degree in Major Pengajian Asia Timur, (Japanese study) and minor Environmental studies. Pada mulanya, untuk memilih course yang sesuai bagi aku agak susah la sikit. Pada minggu add and drop, aku telah masuk beberapa kelas yang lain, setelah mempertimbangkan minat aku dan kecenderungan aku dalam bidang mana aku telah memilih kursus2 tersebut. Semoga pilihan aku untuk masa depan aku nanti adalah tepat.

Dan juga, aku tinggal di Kolej 9, Kolej Tun Syed Zahiruddin, yang terletak diluar kampus UM, dan berhampiran dengan KFC PJ. Pada mulanya, aku sepatutnya ditempatkan di di Kolej 7, Kolej Za'aba. tapi dah penuh so HEP telah menghantar aku dan kawan2 ku yang lain ke kolej 9. Semasa pendaftaran kolej, Ku (ayah aku)dan Pak nik yang menghantar aku. Mula2 aku cakap aku xsuka dop kolej tu. Malam tu jugak, aku kol umi mengadu dop kolej ni xbest la, macam dalam hutan la, dah la xde rumet lagi time tu. n ade2 saje aku mengadu. Macam aku xpernah dop kolej.. yelah dulu kolej 12, kolej 12 tu mmg lah selesa. Bila masuk kolej yg kurang selesa sukar lah aku nak adapt. But...2,3 hari lepas tu, aku rasa macam kolej ni lagi best kot. Aku dah boleh terima apa aje kekurangan dan kelebihan kolej ni. Aku joinlah Minggu Ineraksi Senior and Junior. Best jugak lah.. Sekarang... aku dah rasa selesa,walaupun kadang2 xde bas utk aku pergi ke fakulti, so terpaksa lah berjalan. So far, oklah. Yelah xkan nak semua benda yang senangkan? Bila dah selalu berada dalam zon selesa nilah akibatnya.. Eventhough, aku ok. Lagipun, sekarang aku join Malam Alumni kolej 9, yang akan diadakan hari Sabtu ni 7/8. Jam 7.30 malam. Mana2 Alumni K9, silalah datang yer... aku jadi AJK Jemputan.. kejenye menjemput orang by phone jer.

Emmm... ok lah actually aku nak postkan events "Skating Shape & Men's Health" yang telah diadakan di Putrajaya hari Sabtu lepas.. events malam 2 bila aku ingatkan balik tergelak sorang2. Something funny happend.memandangkan aku dah mengantuk ni lebih baik aku tidur. Kalau aku tahan mata aku, jawabnya xtido sampai pagi esok.

No comments: