Sunday, August 8, 2010

Skating Shape & Men's Health

Events : Skating Shape's and Men's Health
Time : 6-11 p.m
Date : 31.July.2010
Avenue : Palace Justice , Putrajaya.

Hye guys..
dah lama rasanya saya xberskate dan join events. Ini events skate yg ke 3 xsilap sayalah. Saya susah nak join events ni sb saya bukannya terer sgt nk skate, kalo join pun sy akan menyusahkan org lain. Kalo kadang-kadang tu xpelah.. :) sorry yer org2 yg sy dah menyusahkan ni. The next reason, saya selalu balik kampung saya di kelantan. Kadang2 events yg diadakan time sy bercuti dikampung so xdptlah sy join. Lagi, saya susah nak pergi sb transport saya hanyalah kaki saya. Saya belum ade transport yg besi punye.

Pengalaman saya :

Last week, saya dengan excited nye pergi ke Putrajaya. Seperti biasa, saya akan menggunakan ERL untuk kesana dan kawan saya yg tinggal kat putrajaya tu akan jadi mangsa pergi ambil saya kat Putrajaya sentral. Thanks ika.. But.. dengan rasa sedihnye.. bila saya kol ika, ika xde kat putrajaya. Ika pergi melaka. Saya rasa saya mahu patah balik dan xnak pergi. Tapi waktu tu, saya dah berada dalam ERL. Saya pikir-pikir, alang2 dah sampai baik saya teruskan jelah. Then bila saya sampai kat Putrajaya sentral. saya tengah berfikir-fikir untuk naik bas ke teksi. Mula- mula saya ke sebelah perhentian teksi, bila saya fikir-fikir balik. Saya banyak masa lagi, xperlu tergesa-gesa. So saya cross the road n pergi ke tempat perhentian bas. Saya tanya kakak kat kaunter tu, macamana nak pergi kat Dataran Putrajaya yang kat depan masjid putrajaya. Kakak tu cakap naik bas No 100,101,500, 300. Saya cari-cari no bas tu dekat tempat parking bas 2. Malangnya, xde. Tapi saya masih lagi mencari. Rupa-rupanya, pakcik driver bas xnak masuk lot parking bas, dia nak terus gerak. so saya nampak bas no 500. saya tanya pakcik driver tu, "pakcik bas ni pergi ke Dataran Putrajaya x? " Pakcik jwb : "pergi! naik..naik.. dik..". Saya : "terima kasih, pakcik". Sebenarnya, saya xsuka naik bas kat KL ni. saya bukan nak 'agah' sebab driver bas bawak macam nak gila. Kalau kat kelantan xde plak saya xsuka. hari-hari saya balik sekolah dengan bas dan hari-hari saya hidu asap bas. pernah saya naik bas rapid kl dari um nak ke stesen kerinci.Macam org gila saya rasa. dahla rasa mcm bas nak terbalik pun ade. Itu yg membuatkan saya trauma naik bas kat KL, saya lebih rela naik teksi. Memandangkan, saya banyak masa lagi dan so saya naik bas nadi yang kaler oren tu, untuk ke destinasi. Saya naik bas 2, pak cik driver tanya " nak pergi mana" nk pergi dekat dataran saya jwb. saya tanya lagi berapa ringgit pak cik? time tu saya dah keluarkan not kertas rm10. sebab saya xde duit seringit-seringit. Pak cik tu ckp "50 sen jer dik". Saya cakap lagi :" saya nak pergi kat depan masjid putrajaya 2 pakcik", pak cik tu jwb :"5 kupang je dik..." macam xpercaya jer... saya ni dahla org kelate kata darat naik bas.. nasib baik saya ade syiling. saya nak bagi kat pak cik tu.. pak cik 2 ckap masukkan kat dalam ni. Dalam ni ke pak cik? saya tanya lagi. Pak cik dah macam bengang dgn saya. Then, saya ambik seat kat bahagian belakang sekali. saya tengok org2 sekeliling saya yg berada dalam bas 2. Kenapa semua duduk berdua aje. means bercouple, yang muda, yang tua semua duduk dengan pasangan means laki dan perempuan la. Saya sorang2 kat belakang sekali. Then, ade second driver bas dtg duduk sebelah hujung kiri saya. Dia tanya saya, dtg dari mana nak kemana. Maybe sebab dia tengok saya macam rusa masuk kampung kot. terpinga-pinga semacam jer. Dia tanya saya taw x nak turun kat mana? saya ckp xtahu. yang saya tahu saya nak turun kat Dataran putrajaya. pak cik tu ckp, bas xberhenti kat sana bas hanya berhenti kat JKM. oooo.. sy ckplah kat dia. nanti pak cik ckp lah. Then, bas dah mula bergerak.. saya memerhatikan pemandangan diluar. Pak cik 2 dah terlena.. saya dah mula risau takut, saya terlepas tempat mana sy nak berhenti. saya dah berkira-kira nak kejutkan pak cik tu. takut saya terlepas. Tiba-tiba, pak cik tu buka mata dia then tekan loceng. Saya tanya dia, kat sini ke pak cik? Dia ckp ya. n sy ambik beg dan say thanks 2 pak cik tadi.

Dengan keadaan yg panas terik lagi, saya berjalan dari bus stop ke Masjid. jauh jugak. bukannya dekat. pak cik 2 ckp dekat je. dahla panas... nasib baik aku bawak sunglass. aku dapat merasakan matahari membakar kulit2 aku. ahhh.. aku xhiraulah.. aku jalan2 sambil menikmati keindahan sekeliling. Bila sampai kat bulatan depan masjid tu, kat situ ade construction, pakcik2 yg tgh buat keje2 tu, tegur aku.. nak g mana tu panas2 ni.. aku buat bodoh jelah.. then pergi masuk dalam masjid tuk solat asar.

dah siap solat asar, aku dah xtaw nak pergi mana. aku nak skate kat dataran 2.. time tu tengah panas lagi. aku pun pergilah jalan-jalan kat bawah , kat medan selera n tempat yg ade jual souvenier. aku beli ais krim n mkn kat tepi tasik.. Ais krim 2 cepat cair.. aku pun buang. aku pergi beli air plak.. then continue lepak kat tepi tasik. dalam 15 minit aku dah xtahan panas. aku pergi kat tempat souvenier plak. dah boring aku naik atas.

Then, aku rasa nak pergi skate kat atas jambatan. Sebab kat situ terlindung sikit dari cahaya matahari. So aku pakai2 safety pad ape semua. aku main kat situ-situ jer. Aku takut jatuh. takut org gelakkan aku. n yg paling takut aku jatuh sorang2 pengsan sorang2 nnt xde org tolong.. hehehehe.. pk bukan2.

then, aku text marts, marts ckp dia xdpt dtg, kereta rosak. aku dah mula risau takut xde kawan nak skate nnt. aku dah la xberape pandai. then, aku pergi depan palace justice , aku skate dari dataran ke sana. sorang2.. huhuhu aku jatuh 2 kali. nasib baik india2 yg dop shooting tu xnmpk. aku lalu ikut siar kaki , then aku cross lalu ikut tengah. aku dah terasa penat.. rasa macam jauh je lagi tempat tu. Myb aku dah penat sebab dah skate kat ats jambatan tadi. samapi2 saje kat depan booth tempat simpan barang aku jatuh lagi kat depan crew2. Nasib baik dorang xgelakkan aku. Dorang tny aku dari mana, aku nmpk mcm penat giler.. hahahha.. dia bg kerusi suh aku duduk. Then, dtg sorang uncle tegur aku. Setelah berkenalan, uncle tu ckp dia pun dtg nak skate. Namanya uncle leong. Then, datang sorang lagi, aku ckp dlm hati aku, mcm pernah kenal je... api time tu serius aku lupa nama dia. Lama-lama kteorg borak2 baru aku ingt nama dia tu pun masa aku dia kenalkan diri dia kat uncle leong.

Then, aku cakap kat doarang aku ni ni xberape reti sgt nak skate laju2.. aku ckp kat dorang aku nak follow mereka. Tapi aku xblh pergi laju-laju.. dorang ckp ok. actually , time tu kteorg tunggu Ben, ben ckp dia tgh meeting dgn organizer so mcm dah lama sgt kteorg menunggu. Uncle pergi tny kat organizer, dorang ckp Ben pergi hospital, dia jatuh dan muka dia teruk. So kteorg decide skate sendiri2.. not in group la.

Aku dah mula rasa malas nak continue.. nnt aku sambung lain kali....
Layan gambar jer .. okey...























2 comments:

Martuis.Martapau said...

Hanim, JPM bukan JKM.

Uncle Leong ni dulu ada juga masa Siemens Run. Mamat sorang lagi tu tak kenal wpun mcm familiar jugak.

Idroose ada mintak num Hanim that day. :-D

luvlyhoneym said...

oooo.. yeke... hahaha.
mamat tu luqman ,kan dia pernah lepak dgn kite, nurin n nick skali hari tu.