Tuesday, September 29, 2009

Sejak aku datang semula ke UM, aku rasa cam malas sgt. Rasa mcm xde mood nk bljr dgn kejenyer xsiap dgn GC xbuat pape lagi. Aku dh mula rasa tertekan dgn keadaan ni. Mula2 aku buat rilek jer tp ble tgk kwn2 pun mula tertekan dgn final exam pun dh nk dkt dgn projek dgn GC aku dh mula rasa tkt dn tertekan gak. Teks ucapan Canselor Um pun aku blm siapkan lagi. K.bai dh mtk.Aku jnji nk email mlm ni. tp klo dh mood aku mcm ni mn aku blh buat.

turun nk cari makan kat kafe td, bnyk kdi tutup.aku cadangkan g mkn kt kolej len. tp aret nk mkn char kuew teow kt dgn vista, maka aku aina dan atie naik taxi pg sana. smp kt sana tgk van / gerai 2 xbukak. Dah alang2 dtg turun jerlah pg mkn kt kerinci. Tempat mcm menyeramkan ckt. Klo ct dtg mesti xjejak dh tempat 2. Aku pun dh tkt, tp beranikan jugak dan Aina suggest mkn dkt gerai yg dia pernah mkn. Aku makan ns goreng ikan masin dgn carrot susu(my pebret drink).

Balik kolej aku lepak bilik ct n atie dl, aku xbwk kunci blk aina pg isi air dl, lama gak aku bebual dan lepak dlm bilik 2. Aku kan suker bercerita, aku cerita pasal zaman aku nakal dulu. Yg xleh blah kuar gak citer sal scandal dgn cikgu memandu aku dulu..hahaha... Ble imbau n ingt blk.. aku baru tau aku ni nakal gak. Ct sampai geleng2 kpla dgr citer n mcm xpercaye pun ader.. aku dulu kn len skang dh sgt jauh berbeza. Dan aku dh bertobat dn xkn ulagi perngai nakal2 aku dulu. Aku nk jd lebih berfikiran matang dan fikirkan kearah masa depan, pelajaran aku, kerjaya aku, keluarga aku, dan baru nak fikir pasal rumah tangga.

Bila sebut pasal lelaki, ataupun dalam mencari pasangan utk berkapel ker berscandal ker, utk buat suami ker.. bg aku semua 2 aku xnk pk xnk terime xnk cari xnk pendek kate aku no comment lah. Buat masa skrg pintu hati aku tertutup. Hati aku ckp kat aku, dia suh aku cari pasangan hidup yg sempurna, utk dapatkan or mencari or dia dtg sndri ..tunggulah bila keadaan aku dah stabil semua dari segi semua hal.

Cerita berikutnyer........................................

Takziah buat saudara Asyraf Hadi merangkap kekasih pade roomate tersayang aku Ainatul Mardhiah. Nama panggilan beliau Kyle XY, tapi xde power. Kyle ni dh xjd Kyle hero dh.. dh xder power langsung sejak tragedi 1 syawal menimpa beliau. Ceritanyer begini :
"Pada petang 1 syawal, selepas kali terakhir memberi renungan sayang buat kekasihnya yang tercinta Ainatul Mardhiah panggilan manje ena,deruman enjin LC meninggalkan kenangan pertama kali bertandang dan beraya dirumah kekasihnya.. Tidak semua berakhir dgn keindahan ,ujian tuhan sangat menguji kesetiaan dalam perhubungan mereka. Tidak diduga satu selekoh yang tajam mengubah segalanya dalam sekelip mata. pertembungan dua hala antara van dan LC mengheret asyraf diatas jalan berturap hitam dan akhirnya terbaring kaku setengah jam dibawah van. Keperihatinan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut, terus menghubungi ambulans..... Rindu terdetik dihati kekasihnya Aina, satu panggilan dibuat, tetapi kecewa apabila msuk peti mail box, terdetik kegusaran dihati Aina terus menghubungi kekasihnya berkali-kali, namun jawapan yg diterimanya tetap hampa. selang beberapa minit, Aina menerima panggilan dr kekasihnya tetapi bukan suara Asyraf kedengaran, tetapi satu suara lelaki asing berserta bunyi siren ambulans dan Aina menerima berita duka disaat itu. Aina terus membisu diam seribu bahasa, sehinggakan lelaki asing tadi bertanyakan khabar Aina samada Aina ok ke x? Lelaki itu adalah kawan yang pergi bersama atau menemani Asyraf utk ke rumah Aina. Tanpa berlengah dan dalam keadaan yang panik, Aina terus menghubungi Ibu nya ketika itu ibunya berada dlm perjalanan pulang dr beraya di Marang dan mengkhabarkan berita buruk itu. Keluarga Aina terus ke hospital dan terus mendapatkan Asyraf yg sdg dlm keadaan kritikal dgn berlumuran darah. Segala urusan pendaftaran, kemasukan wad diuruskan oleh keluarga Aina. Setelah itu, Ibu bapa Aina pergi mencari Ibubapa Asyraf berdasarkan alamat yang tertera di I/C Asyraf. Ibubapa Aina membawa ibubapa Asyraf ke hospital, sampai sahaja dihospital, Ibu Asyraf tidak dapat menahan kesedihan mengalirkan airmata apabila melihat keadaan putera sulung nya dalam keadaan yang menyayat hati, tidak ader lagi rupa Asyraf yang sebenar, lumuran darah memenuhi segenap inci muka nya. Hati ibu mana dapat menahan apabila tgk keadaan anaknya begitu. dan Malang jugak Ibubapa Asyraf adalah orang yg istimewa, mereka tidak dapat mendengar dan tidak boleh bercakap. hanya Asyraf yang memahami bahasa isyarat ibubapa mereka. dan demikianlah tragedi satu syawal yang menimpa kekasih tercinta Ainatul Mardhiah. Si kekasih ini jua xputus-putus bagi semangat buat pasangan nye...."

Cerita ini adalah benar, marilah sama2 pakat2 berdoa agar saudara Asyraf cepat sembuh.....

No comments: