Sunday, December 27, 2009
BERCUTI
Sunday, October 18, 2009
time to study
Thursday, October 15, 2009
2 functions at da same time.
Majlis pertama yang aku hadiri ialah Majlis Perasmian Penutup Pencak silat Seabad5. Petang 2 aku dan aina pergi menolong apa yang patut, then kami blk kolej dlm 6.30. dan Awang (senior silat) yang hntr kami ke kolej dgn naik kete cikgu rizal (jurulatih/guru silat PSSGMUM). After maghrib dalam 7.30, Awang kol aina, dia ckp dtg ambik kami. n pada malam 2 kami ditugaskan sbg usherer,dan pakaian kami bertemakan light purple. Majlis bermula jam 8.30 malam, aku pula ditugaskan menjaga di Bilik menunggu VVIP. Bila semua VVIP datang, kami berarak memasuki Auditorium KPS. Aku sepatutunya xperlu ikut, tp sajer menggatal nk berarak gak. After that, majlis tarian dimulakan dengan meriahnya. diikuti dgn perlawanan terbuka pencak silat antara UM dgn TLDM. Perlawanan malam 2 mmg sengit. setiap kategori menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing. Tapi sayang..kemenangan tidak menyebelahi Um, dan dimenangi oleh TLDM. Apa lagi bersoraklah pihak lawan. Walauapapun, perlawanan ini adalah perlawanan yang sihat. Then, aku dah malas dop berdiri lama, aku masuk balik bilik menuggu. Aina ada kat c2 sedang bergayut dgn BFnyer., aku dah mula rasa bosan, lagipun aku rasa khidmat aku dh xdiperlukan (biarpun sebenarnya amat diperlukan utk menyetelkan tugas2 menghidang makanan utuk VIP). Before kami blah, aku terlebih dahulu memberitahu k.dayah (ketua tugasan aku) n cikgu rizal. They all accepted yg kami perlu ke majlis 1 lagi.
After that, kami pergi tukar pakaian coz, majlis TAUGEH 2 perlu bertemakan hitam,putih, n hijau. Aku bertemakan putih dan hitam, n so simple, sweater putih, jeans htm, selendang hitam.
yang penting aku dapat kepuasan apa yang aku pakai,. n Aina lak bertemakan hijau. then kami, ke fakulti Alam bina, nk ke fakulti 2 naik bukit lagi..nasib baik aku dr KPS klo dr kolej aku sanggup bayar taxi. dah la malam2 buta. seram gak jalan malam2 ni. Opss lupa nak bagitau.. masa aku tgh bersiap2, izati kol aku dia ckp video aku terima awarded the most creative. Aku macam xpercaya, video aku dpt awarded. Bila aku sampai jer, sumer tny aku mana aku pergi knp xpergi ambik hadiah. Aku senyum jer. Aku xsempat nak tengok semua video 2. Yang aku hanya dapt tgk adalah persembahan dance dr group dance2 yg gedixs2..huhuhu.. klo ct tau menyingga dia kat aku.. group dance ni diketuai oleh Hazim. n dance kali ni kurang menarik walaupun ada aksi yang membulatkan mata2 yang melihat. n ct lak tersilap step ckt sebab terpijak plug. kelakar pun ader, aku rasa happy n terhibur sgt xtaulah knp. Macam biasa jer mjls 2 bg aku.. after that, persembahan , main gitar oleh sahak , dan penyayinyer nor dan wani. suara wani 2 aku rasa kureng ckt kot.. e2 bg aku, bg org len aku xtaulah.. ermm... ringkasnyer lps mkn2 aku, aina,ct n dya blk dgn manjung dgn kete dia. we all penat gler, blk terus tdor.. xstdy pun.. hu3...
P/s : Actually nak msukkan video tapi aku malu, sebab video aku buruk. Thats all.
Thursday, October 8, 2009
<<>>>
Tapi setenang-tenang aku pagi tu,tak sangka bertukar menjadi gelisah,nervours yang teramat sangat dan bermacam-macam perasaan. Aku rasa ditimpa bala yang tak sepatutnya berlaku pada aku waktu tue.
Hari ini, speaking aku xmcm biasa xmcm buat dlm kls, semuanya tunggang terbalik dan idea xde, blur,nervours ,bnyk urm.. xclear cakap, point ulang yg sama. Aku benci diri aku hari ini, Bila aku masuk bilik exam, aku dah rasa darah gemuruh aku datang, situasi ni jarang berlaku pada aku, bila aku fikir balik, kenapa jadi cam 2 myb sebab aku over confident. Aku rasa, aku kena buat semua benda dengan relax.
Bila aku duduk jer atas kerusi, aku rasa sangat yakin utk speaking biarpun waktu 2 darah gemuruh aku dah dtg, bila examiners suh bukak kertas soalan, aku baca berulang-ulang kali still xfhm, sedangkan aku rasa ayat-ayat 2 semua mudah dan senang difahami.Aku dapat candidate A,, then kami diberi masa 2minutes utk prepare point, punya lar lama aku pk point xkluar2 sb aku xbraper faham dan dtg perasaan yang bercampur baur 2 yyg menyebabkan akhirnya hanya 1 point sajer aku dapat buat.
Dah ler aku candidate A, aku dulu ler yg kena present, aku dah tak tau nak ckp mcmn lagi sampai examiners sendiri tolong aku. Bila masuk discussion, aku pun banyak senyap, aku cakap dua kali sajer, yg len org len tambah. Aku nak buat conclusion nyer, tp xsempat aku bukak mulut org sebelah aku, candidate B dah cakap. Geram sangat aku, xnak bagi aku peluang langsung.
Aku akan ambik muet skli lagi, aku nak buat yang terbaik lepas ni. Aku comfirm result aku xkan gempak..aku akan capai band 4 above. aku nak buat yang terbaik lepas ni. Although MUET bertulis aku blm start lagi aku sangat yakin, aku akan ulang balik MUET aku, skalipun aku dapat band 3 aku akan ulang balik.....
Today is my unlucky day... so sad.. :( and i cried.............................................................
i dont want 2 speak with anyone, today!!!!!
Thursday, October 1, 2009
Tension!!!!
Aku tau aku xblh lari dari semua ni, walau apapun aku kena tempuhi gak... but mampukah aku untuk lakukannya. Kadang2 aku rasa dh putus asa, hilang semangat. Ntah le... Rasa terbeban pun ada. Kenapa aku jadi mcm ni.. ????
Tuesday, September 29, 2009
turun nk cari makan kat kafe td, bnyk kdi tutup.aku cadangkan g mkn kt kolej len. tp aret nk mkn char kuew teow kt dgn vista, maka aku aina dan atie naik taxi pg sana. smp kt sana tgk van / gerai 2 xbukak. Dah alang2 dtg turun jerlah pg mkn kt kerinci. Tempat mcm menyeramkan ckt. Klo ct dtg mesti xjejak dh tempat 2. Aku pun dh tkt, tp beranikan jugak dan Aina suggest mkn dkt gerai yg dia pernah mkn. Aku makan ns goreng ikan masin dgn carrot susu(my pebret drink).
Balik kolej aku lepak bilik ct n atie dl, aku xbwk kunci blk aina pg isi air dl, lama gak aku bebual dan lepak dlm bilik 2. Aku kan suker bercerita, aku cerita pasal zaman aku nakal dulu. Yg xleh blah kuar gak citer sal scandal dgn cikgu memandu aku dulu..hahaha... Ble imbau n ingt blk.. aku baru tau aku ni nakal gak. Ct sampai geleng2 kpla dgr citer n mcm xpercaye pun ader.. aku dulu kn len skang dh sgt jauh berbeza. Dan aku dh bertobat dn xkn ulagi perngai nakal2 aku dulu. Aku nk jd lebih berfikiran matang dan fikirkan kearah masa depan, pelajaran aku, kerjaya aku, keluarga aku, dan baru nak fikir pasal rumah tangga.
Bila sebut pasal lelaki, ataupun dalam mencari pasangan utk berkapel ker berscandal ker, utk buat suami ker.. bg aku semua 2 aku xnk pk xnk terime xnk cari xnk pendek kate aku no comment lah. Buat masa skrg pintu hati aku tertutup. Hati aku ckp kat aku, dia suh aku cari pasangan hidup yg sempurna, utk dapatkan or mencari or dia dtg sndri ..tunggulah bila keadaan aku dah stabil semua dari segi semua hal.
Cerita berikutnyer........................................
Takziah buat saudara Asyraf Hadi merangkap kekasih pade roomate tersayang aku Ainatul Mardhiah. Nama panggilan beliau Kyle XY, tapi xde power. Kyle ni dh xjd Kyle hero dh.. dh xder power langsung sejak tragedi 1 syawal menimpa beliau. Ceritanyer begini :
"Pada petang 1 syawal, selepas kali terakhir memberi renungan sayang buat kekasihnya yang tercinta Ainatul Mardhiah panggilan manje ena,deruman enjin LC meninggalkan kenangan pertama kali bertandang dan beraya dirumah kekasihnya.. Tidak semua berakhir dgn keindahan ,ujian tuhan sangat menguji kesetiaan dalam perhubungan mereka. Tidak diduga satu selekoh yang tajam mengubah segalanya dalam sekelip mata. pertembungan dua hala antara van dan LC mengheret asyraf diatas jalan berturap hitam dan akhirnya terbaring kaku setengah jam dibawah van. Keperihatinan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut, terus menghubungi ambulans..... Rindu terdetik dihati kekasihnya Aina, satu panggilan dibuat, tetapi kecewa apabila msuk peti mail box, terdetik kegusaran dihati Aina terus menghubungi kekasihnya berkali-kali, namun jawapan yg diterimanya tetap hampa. selang beberapa minit, Aina menerima panggilan dr kekasihnya tetapi bukan suara Asyraf kedengaran, tetapi satu suara lelaki asing berserta bunyi siren ambulans dan Aina menerima berita duka disaat itu. Aina terus membisu diam seribu bahasa, sehinggakan lelaki asing tadi bertanyakan khabar Aina samada Aina ok ke x? Lelaki itu adalah kawan yang pergi bersama atau menemani Asyraf utk ke rumah Aina. Tanpa berlengah dan dalam keadaan yang panik, Aina terus menghubungi Ibu nya ketika itu ibunya berada dlm perjalanan pulang dr beraya di Marang dan mengkhabarkan berita buruk itu. Keluarga Aina terus ke hospital dan terus mendapatkan Asyraf yg sdg dlm keadaan kritikal dgn berlumuran darah. Segala urusan pendaftaran, kemasukan wad diuruskan oleh keluarga Aina. Setelah itu, Ibu bapa Aina pergi mencari Ibubapa Asyraf berdasarkan alamat yang tertera di I/C Asyraf. Ibubapa Aina membawa ibubapa Asyraf ke hospital, sampai sahaja dihospital, Ibu Asyraf tidak dapat menahan kesedihan mengalirkan airmata apabila melihat keadaan putera sulung nya dalam keadaan yang menyayat hati, tidak ader lagi rupa Asyraf yang sebenar, lumuran darah memenuhi segenap inci muka nya. Hati ibu mana dapat menahan apabila tgk keadaan anaknya begitu. dan Malang jugak Ibubapa Asyraf adalah orang yg istimewa, mereka tidak dapat mendengar dan tidak boleh bercakap. hanya Asyraf yang memahami bahasa isyarat ibubapa mereka. dan demikianlah tragedi satu syawal yang menimpa kekasih tercinta Ainatul Mardhiah. Si kekasih ini jua xputus-putus bagi semangat buat pasangan nye...."
Cerita ini adalah benar, marilah sama2 pakat2 berdoa agar saudara Asyraf cepat sembuh.....
Tuesday, September 15, 2009
Masa kat PAC aku berlatih skate.. Abg Nazry ajar aku.. hu3 mula2 main mcm org baru belajar berjalan. Semua org gelakkan aku.. tapi jatuh 1x jer depan asculator..nsb baik xjth kebawah.. Abg nazry ajar aku jatuh masa tgh skate. N then aku try practice, klu nk jth aku bongkokkan bdn ckt, bila buat mcm 2 aku xjth...Aku berlatih2 sampai aku penat, bila aku penat aku sambung balik... sampai la aku boleh skate dgn laju ckt. Si kenit Ayeel lak ; cbuk kacau aku jer..
2hari aku bukak posa kat kafe PAC. makanan biasa2 jer..ader makanan buffet dan ader masakan panas. Aku makan som tam, k.eda marah aku sb aku xblh makan. Aku sekarang kena berpantang drpd makan makanan seafood sb resdung aku makin teruk. Bila aku makan seafood aku akan skt kepala dan hidung akan tidak selesa dan muka pun ada kesan. Tapi aku degil.. bila benda aku suka makan, tiada siapa blh menghalang. Kadang2 aku dengar gak nasihat org. Takut kena operate lg... Balik nnt aku kena pg jumpa Doktor Mat lg. Klo x resdung aku makin merebak klo x prevent.
Menghitung hari demi hari.. bilakah aku boleh blk ni.. Xsabarnya nak balik... Semalam aku dpt berita gembira, Are-t ckp aku boleh tumpang dia blk dgn abg dia. Horay!!! aku terus bersorak smbl peluk atiey.. Aku balik hari Khamis. Tapi hari Khamis after LAB, Aina blk esok..tp td dia pg jmp dgn Lecturer nk buat awal. esk dia ada LAB, aku pun nk buat esok gak lah... tp aku blm mtk lg dgn lecturer. Xper esk aku pg mtk dgn dia.hr Khamis blh blk awl ckt.
Aku hilang memory card fon aku.. maner la.. pg nyer... Aku gak yg cuai lupa ltk maner n xterus masukkan dlm fon...
Wednesday, September 9, 2009
Ice blendded Coffee Bean
Arghhh....tolong aku.. aku nk minum ICCB... pls help me..
Setiap kali bukak posa kat Bangsar village or kat Mid mesti aku akan singgah beli ICCB ni.. Aku dh try mcm2 ras, biarpun harganya agak keterlaluan sdkt aku sangup korbankan duit ku semata-mata kerna kamu ICCB ku..
Pic kat ats 2... masa aku,ct,n atiey bukak posa dkt Bangsar Village. Masa 2kte org bukak posa dkt nasi Lemak Antarabangsa, bangsar. Lepas smyg maghrib dkt Bangsar Village, round jap n then weouls lepak kt Coffee Bean smp kul 10.
Saat ni sesungguhnya aku memerlukan ICCB, huhuhu..dh addited dgn ICCB. n coffee old town instant menjadi pengganti kpd ICCB. Coffee Old town jgk menjadi kegemaran ku dan menjadi teman ke ketika lewat malam aku berjaga. Membuat diriku segar, mataku cerah... TQ COT... Jasamu dikenang.. Pelbagai perisa COT aku dh cuba.. sekarang ada dlm stok simpanan ku adalah COT Classic. N TQ Ct ajar aku minum COT n belikan aku COT classic.
Aku sekarang dh xkreatif dh. otak aku dh msk bnyk bnd yg xkreatif jd tubuh bdn aku semuanya xkreatif...(xleh bla...). Aku akna tukar gak banner kt ats 2..sb aku rasa cam budak2 lak.. tetibe rasa cam2..myb dh matang ckt kot.. n nama blog aku "LAMAN NURANI HATIKU" aku akn tukar jgk.. xnk dh jiwang2 lg. Tp msh lg xder idea..cuma utk buat perubahan dlm blog ni,tetibe terdetik dihati.
Drafting..... bnyk benda aku kena siapkan. Semua yg aku buat kena teliti sgt2.. smp mata aku naik senak dh. Tapi walauapapun aku akn berusaha utk melakukannya yg terbaik.Kata PROF, J biar lambat asal terbaik.dan terus dpt markah A.Aku jeles dgn kerja2 drafting yg Hamzi punyer skali buat dh dpt A majoriti yg dia buat sekali jer terus dpt A. Bukn aku jer yg jeles dgn dia.Rakan2 ku yg len pun turut sama.. Jeles dlm hal ni xper kan...:). Aku akn buat dan siapkan drafting projek 7A,7B,7C dan 7D sebelum hari sabtu ni. CHAYOK!!!!! utk aku!
ACTIVITIES TODAY!
Today,aku lambat lg hr ni ke kuliah, Kul 7.30 bru bgn. kelas kul 8. Aper nk jdla dgn aku ni.. Itupun nasib baik Aina yang kejutakan, lau x kul baper entah aku bgn. Aku sampai dkt DKB 8.30. Masuk pintu belakang, kunun takut prof nmpk, aku dop blkg. N then mataku cari CIK CT WAN EXPAND, (Ct) dgn Atiey. Aku ingt diorg dh smp dr kteorg.N then Ct kol Aina, mrh sb xkejutkan dia.Aku dgn aina xkjut kan sb xde krdt n kteorg pun bgn lwt..hahahaha.. Ct ngn are t smp utk kelas GEO.
Balik kelas jer.. Katilku panggil2 lg.. dop lepak jap ats katil smp habiskan novel, belum sempat hbss pun aku dh mula rasa mengantuk.. Kul 2 aku bangun. Agak lama gak aku tidur.. Sejak bila lah aku ada hobi uruk ni.. setahu aku..aku xpernah ada hobi ni.. sejak aku dop UM ni, aku rasa tidur ku xcukup jer. Bangun solat n buat drafting.projek 7A (redo) dh siap, nk siapkan 7B (yg susah gler 2) dn 7C,7D esok...okey..Bersemangat HANIM!!!
Bukak poa hr ni dgn nasi lemak n coffee instant OLD TOWN. Roti boom blm aku mkn lg tunggu lwt2 ckt.. nk mkn buat sahur skali.
P/s : tlg saya ek rakan2 blog ku, sumbangkan idea utk perkara berikut
1) Nama blog
2) Layout yg sesuai
3) Background colour
4) Banner
5) Music
6) Upgrade blog or tambah2 bnd len yg korg ras perlu diletak dlm blog aku ni...
TQ!!!
Aku bangun lambat semalam sebab nak siapkan assignment Communication Graphic. Aku bersyukur sebab Marts tlg aku..tp disebabkan bnyk perkara yang perlu buat dlm projek 2 menyebabkan aku tido lps subuh...maka kelas tutorial GEO aku terskip.Skip lgi...ble la aku nk berubah ni............
Aku mencatat sejarah dlm banyak assignment yg aku buat.Inilah kali pertama assignment CG aku terpilih dan dpt dot full (full mark) dgn presntation yg baik dan lancar. Aku ucapkan bnyk2 terima kasih pada Marts yg sudi membantu dgn idea2nya skali. Idea nye cukup simple tp ada maksud. (picture aku akn postkan akn dtg)
Aku dapat assignment baru lagi..tp kali ni its so difficult. This is for final project..n diberi masa 1 month utk siapkannya.Tapi semuanya kena dilakukan mengikut step. Projek ni adalah projek Drawing animations. Aku cuba memahami apa yg perlu dibuat tapi malangnya xphm2 jgk..ckt jer yg aku fhm aper yg telah diterangkan oleh Lect.Hanum.tp aku akn tny kwn2 yg fhm.. (mybe diaorg pun xphm gakk :).
Balik dr kelas CG aku,ct,aina n tiey pg bazar ramadhan dkt dgn UIA, we all pg naik teksi dari depan kolej 1, dan tambangnya bejumlah rm5.(agak mahal) sebab jln jem dkt pintu kuar PJ UM.
masa dlm teksi aku cuba buat lawak dgn driver taxi 2.. tp driver taxi 2 bt muka bodoh n nmpk mcm keletihan gler. Kwn2 aku kt blkg dh pecah perut dh dgr aku bt lawak bodoh. Driver taxi 2 still lg bt muka dono dia. menyampah aku. aku tanya bnyk jwb nyer sepatah jer.geram gler aku. rasa cam nk campak kuar jer driver taxi 2 biar aku yg bwk taxi dia.
Masa dt bazar ramadhan 2 aku round dr first gerai sampai ke hujung. tapi kaki kesayangan ku ckp.. jalan ler jauh2 lagi,dn kakiku merajuk..maka dia bt2 sakit..terpaksa la aku duduk sekejap... Masa jln2 aku nmpk kasut crocs dijual kt c2..rega pun murah ader yg rm40,rm30. aku teruja, tp aku hny memandang dan mencubanye shj sb aku xbwk cash money..:).Hari ni aku berbuka dgn Nasi ayam percik bbq kot..ayam dia besar gak r..e2 yg buat aku teruja nk beli.Rega pun not bad coz ayam skali nn nasi. only rm4.50. tp nasi dia lembik ckt...
6.15,weols smpi kolej,naik terus smyg Asar..he3 smyg lmbt,tp terpaksa melambatkan xper kan.. n then aku dgn aina kemas bilik yg disepahkan ms bt assignment semalam.bilik mcm kadang aper tah, tp setelah dibersihkan nmpk shine2.. :). Weols bukak posa together2 seperti kebiasaanya.
Thats all.....................