Sunday, April 12, 2009

Sepupuku K.Julie

  • Sejak 2 hari kebelakangan ni,aku telah belajar sesuatu daripada sepupu aku yang hidupnya sgt susah..ok,aku nak cerita sikit macamana susahnya hidup sepupu aku ni.
  • Sudah 8 tahun sepupu aku yang bernama k.julie tidak pulang ke kampung halamanya di Pasir Puteh.Dia tidak pulang kerana tidak ada wang perbelanjaan untuk menampung kos balik ke Kelantan.Oleh kerana,dia bersama suami dan 6 orang anak tinggal di kawasan yang agak jauh iaitu di Felda Tengaroh 6,Mersing,johor.Suaminya hanyalah berkerja sebagai nelayan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..manakala k.julie ni pula tidak berkerja hanya duduk dirumah.Oleh kerana kesempitan hidup,k.julie mengambil upah sebagai memotong rumput di kawasan felda tempat tinggalnya. Selain itu,dia juga membuat sambal belacan untuk dijual. Mereka juga tinggal di quarters guru agama di sekolah kebangsaan Tengaroh diatas belas kasihan orang.
  • Kerja suaminya tidak menjamin pendapatan yang tetap,malah hasilnya juga belum tentu dapat.Mereka sekeluarga hidup dalam keadaan yang susah teramat susah. Tidur hanya beralaskan tikar dihamparkan dgn kain batik,berbantalkan bantal kekabu yang sudah kempis,tidak ada tilam empuk dunlop, katil slumberland,bantal contiago. Aku tidak dapat mebayangkan kehidupanya dalam keadaan begitu.
  • Namun begitu,Allah masih lagi menurunkan ujian padanya dgn pelbagai ujian yang lain. Antaranya,mereka sekeluarga tinggal disana dipulau oleh penduduk setempat,anak-anaknya dihina,dicaci disebabkan kemiskinan keluarga.ada satu dialog yg diceritakan oleh k.ju mengenai anaknya dihina.
    K.JU : along,nok tau dop anok-anok k.ju duk sano kena hino ko ore,ko sain-sain,ko ore felda..
    AKU : bakpo dio hino pulok?
    K.JU : long,ore-ore felda ni agah,xse sain dge ore miskin ni..nok sain denge ore-ore hok ado pitih.
    tamboh pulok kalu ore luar(bukan ank ore felda).
    AKU : Hoooo..gitu deh..Anok-anok k.ju xrajin ko keno hino?
    K.JU : Sapo kato xrajin,puah doh keno hino.tuh kakak tuh..gie sekoloh sain- sain tanyo "ayah kau keje apa?" Kakak : "keje Nelayan".Ore pakat xse sain blako. Anok-anok k.ju sain denge adik-bradik dio jah.Ore felda pulok,kalu tanyo "anak sape?" anok-anok jawab
    "Anak Bakri" ore pakat jebeh long..Ore felda :"anak nelayan Bakri".terus mereka pulau
    anok-anok k.ju.
  • Aku mendengarnya rasa macam nk menangis depan dia,tapi aku tabahkan hati aku agar k.ju xtersinggung.Kalau nak diceritakan semua tentang keperitan hidup dia sekeluarga memang banyak,dan boleh buat sesiapa mendengar mengalirkan air mata. 2 hari dia tinggal kt rumah aku, sebelum dia balik ke P.Puteh rumah kakaknya.Selama dia tinggal kt rumah aku,bukan rumah aku jgk rumah parents aku,mcm2 aku belajar dari dia termsuklah dlm soal hidup,perasaan,masak-memasak,dan mcm2lah. Itu baru dua hari, dah rapat sgt2..aku kalau sesiapa saje yg aku kira ok dgn aku aku terus rapat,kalau org len ok dgn aku,aku xok dgn dia xrpt jgk,ataupun sebaliknya..Kira k.ju ni memenuhi kritiria yg aku rasa ok dgn aku lah,klu x ok xplak aku luah masalah aku,siap mintak nasihat lagi 2.Hahaha.. k.ju jd motivator xbertauliah la plak..Aku cukup2 berbangga sekali dgn k.ju, hidup dia sekluarga disuburi dgn kasih syg kebahagiaan dan dia mengatur,mendidik,membesar,menjaga anak2nya dgn begitu teratur,lengkap dgn ilmu agama,plg aku respect hubungan ibu dgn ank2 tu ibarat mcm kwn baik..
  • Aku teramat-amat bersyukur dgn kehidupan aku sekarang.walaupun aku ni sedikit bermasalah tapi aku boleh lagi mengawal,mengatasi,dan membiarkan masalah aku itu berlalu begitu saje tanpa memikirkanya lagi.Syukur sangat2 Ya Allah,dikurniakan kehidupan yang sempurna tiada masalah,hidup sederhana dan apa yang k.ju sekeluarga xde aku ada. Amin.. Amin..Amin..
  • Umi,Ku,Aku,Angah dan kami sekeluarga menghulurkan pelbagai bantuan xkira dari segi moral,wang ringgit,benda atau apa saje..Dalam hati aku berkata seandainya aku ni dewasa dah punya duit sendiri,kaya pulak,aku akan bantu k.ju bagi peluang untuk k.ju ubah nasib hidup keluarganya...tapi..kudrat aku belum sampai ke tahap itu lagi.insyallah suatu hari nanti,aku dimurahkan rezeki oleh Allah taala perkara pertama aku nk bt ialah tlg keluarga aku pertama skali ibubapa,adk beradik,setelah itu sedara mara yg mana sgt memerlukan bantuan.. doakan aku semoga jadi insan yang suka berbuat amal kebajikan.Amin..amin..amin..
  • Klu nak diceritakan lagi tentang kisah hidup k.ju ni mmg pnjg ceritanya..bermula dia sebelum kawin sehingga sekarang macam-macam cubaan yang k.ju hadpi.Allahamdulillah, K.ju seorang yg tabah.Aku ingat lagi kata-kata k.ju ktanya ada ayt al-quran menyebut; aku tidak akan turunkan pada hambaku dengan ujian yg xmampu dia tanggung. mksdnya allah tu maha adil,bijaksana,DIA xkan turunkan pd hambanya ujian yg berat2 yg mn xmampu hambanya hadapi.. Sungguh hebatnya ciptaan Allah.....
  • Semoga Allah membuka pintu rahmat dan rezeki padamu.....Amin..Amin..Amin..

No comments: